Thursday, July 31, 2014

Ramadhan Yang Pergi, 'Kita' Mengikutinya

http://shfiqh.blogspot.com/2012/01/little-caliph.htmlBismillah Hirrahman Nirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi atas segala nikmat serta rezekinya...


Alhamdulillah, kita berjaya melepasi bulan Ramadhan dengan cemerlang dan gemilang...

Macam tu lah permulaan khutbah bagi setiap pagi pertama syawal...

Tapi, apa yang menarik perhatian aku waktu khutbah tersebut, bukan ucapan tahniah....
Yang meragut perhatianku adalah persoalan disebalik samada benarkah kita berjaya???

Sebagaimana seseorang graduan berjaya dari sebuah universiti, mendapat segulung ijazah, begitulah ramadhan...
Selesai sahaja bulan ramadhan, kita seluruh umat Islam berjaya menjalani ibadah puasa.... Bukan sahaja puasa, tetapi juga ibadah2 lain...