بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH
HIWABARAKATUH
Rabbighfirli.. [Tuhanku, ampuni aku..]
Warhamni.. [Sayangi aku..]
Wajburnii.. [Tutuplah
aib-aibku..]
Warfa'nii.. [Angkatlah
darjatku..]
Warzuqnii.. [Berilah aku rezeki..]
Wahdinii.. [Berilah aku
petunjuk..]
Wa'Aafinii.. [Sihatkan aku..]
Wa'fuannii..[Maafkan aku]
Tiap-tiap diri akan
merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai
cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.
Al Anbiya’: 35
Cuba kita berbicara tentang kematian kali nie…
…Let’s
talk death…
Pernah tak terlintas dalam hati sahabat tentang mati… camna kita akan mati, keadaan, suasana, cara dan bagaimana???
…Pernah tak terlintas…
FaiZ dulu, YES…
Tapi sekarang, terasa gak malu, sebab soal mati dah ditolak ketepi, sudah tak terlintas, dan dah tak ambil
tahu… mungkin sebab lalai… lalai dengan duniawi… lalai dengan ego yang
tinggi… lalai dalam menuntut ilmu, walaupun ilmu itu datangnya dari ALLAH, tapi diri FaiZ tetap lalai…
Tapi Alhamdulillah,
ada 2 0rang kawan tegur semalam, dalam tak sedar dia duk berapi marah
tentang keadaan dirinya yang hampir accident dan seorang lagi witness an accident…
But
why death???
Why???
Sebab kita lalai
dengan duniawi, that’s
why…
Bukankah dengan mengingati mati tuh, kita akan lebih dekat
dengan ALLAH… bukankah dengan cara fikir bagaimana, dimana, bila kita mati,
kita lebih mudah dan ikhlas nak buat ibadah…
That’s why…
Dan, bukankah mengingati mati tuh adalah
sunat… dapat pahala free…
<kalau salah tolong perbetulkan FaiZ>
Death…
Bila berbicara tentang mati… mesti
majority akan jawab..
“eh2, pasaipa duk cakap pasai mati nie, hang nak bunuh diri ka???”
“weyh kita muda lagi, watpa nak pikiaq pasai mati, mati untuk
orang tua ja”
“eh3, awak nie, tak
eloklah cakap pasal mati, saya tak nak dengar, full stop”
“ish3, kome nie, takdak benda laen ka nak
buat bual”
<kadang-kadang rasa nak lempang gak
dengar jawapan camnie>
Sahabat tahu tak, antara punca kemenangan
tentera pada zaman dahulu apa…
MEREKA TAK TAKUT MATI… ALLHAURABBI!
Kematian
Death
Kita sebagai manusia serikali lalai apabila
bersoal tenrang kematian, including me. Sudah lupakah kita, like it or not, sooner or later,
nak ka tak nak, mati itu pasti, semua akan tempuhi kematian… Sesungguhnya kematian itu adalah hak. Kematian
itu pasti akan dialami dan dirasai oleh setiap makhluk yang berjiwa.
Tiada siapa yang terkecuali. Hatta firaun
yang angkuh itu pon mati juga. Para anbiya juga kembali bertemu allah. Anda juga akan
MATI!
"Setiap yang berjiwa (bernyawa) pasti akan merasai
mati".
Nobody can escape from death… it’s our birthright...
that is one concept and concrete fact that we must absorb and understand… every living
creature, ALLAH creation will experience death, it just a matter of when and
how…
< nie kalu tak paham melayu, try absorb this in English >
< bajet sangat la nak type dalam English..hehe ^^ >
Pernah
tak terfikir tentang mati???
Semasa jalan-jalan di taman bunga…
Semasa jogging, exercise or just doing nothing…
Semasa bawak kereta atau motor dalam kesibukan jalan raya…
Menaiki bus on the way balik kampong…
Pernah tak…
…Fikir…
Waktu buat perkara tersebut, Malaikat Maut,
Israil, datang mencabut nyawa sahabat…
Dengan amalan yang belum cukup… bukan kata tak cukup, ciput pon tak…
Dengan keadaan yang tak bersedia…
Ingat, kematian tak kenal erti umur, muda
mahupun tua, waktu, sihat mahupun sakit, kaya mahupun miskin, putih mahupun
hitam, bersedia mahupun tidak…
Sesiapa sahaja tak kiralah yang kaya,
yang miskin, yang tua, yang muda, yang pandai, yang bodoh, yang melayu, yang
cina, yang india, yang kafir, yang beriman, yang negro, yang putih, yang gemuk,
yang kurus, yang tinggi, yang pendek, yang cantik, yang hodoh, yang bijak, yang
cerdik, yang besar, yang kecil, yang manis, yang kelat, yang comel, yang comot,
yang lelaki, yang perempuan, yang hebat, yang mulia, yang hina, yang memimpin, yang dipimpin, yang berani,
yang penakut, yang pemalu, yang sabar, yang gopoh, yang bijak, dan yang yang
yang........
Ingat!!!
Death
knows no boundaries…
"Di mana saja kamu berada,
kematian akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu dalam benteng yang tinggi lagi
kukuh." (Surah An Nisa': 78)
Kalu dah tertulis si polan bin/ti si
polan mati time tuh, maka datang lah Malaikat Israil mencabut
nyawa si polan tersebut, tak
sesaat awal mahupun lebih…
Gerun tak???
Jadi, camna nak bersedia untuk kematian
yang tidak kenal erti waktu dan tempat…
How are we prepared to face death a.k.a Malaikat Israil…
How???
Tengok kubur
hari-hari???
<jawapan sarkas-tikus nampak>
" Yaa Allah Letakkanlah Dunia
Ditanganku..Jangan KAU Letakkan Dihatiku "
Ada faham tak???
Kita selalu nampak dunia dan
tak pernah memandang ke arah akhirat… selalu bersedia untuk masa depan dari
segi dunia tapi dari segi akhirat
kita tolak ke tepi…
Kumpul dunia banyak2… kumpul
harta banyak2… cari kerja yang lumayan… cari kerja yang
pangkat tinggi….
Wahai manusia yang alpa, lupakah anda
bahawa semua itu hanya sementara sahaja, akhirat yang kekal selamanya…
Inilah kita, LUPA, LALAI dan ALPA…
Tak takut ka, apabila roh yang ditarik
sudah berada di halkum… ingatlah sahabat, apabila roh sudah berada di halkum,
taubat dan keinsafan ALLAH sudah tak terima… Menunggu saat azab dikubur sahaja kita ketika itu. Nauzubillah.
JOM, kita bersedia dengan awal…
Perkara mudah sahaja, panduan untuk
bersedia untuk kematian memang sudah berada di depan mata kita, kita ja tak sedar…
Wahao sahabat-sahabat oit, apanya guna al-Quran tuh, perhiasan??? Semua sudah terkandung
dalam al-Quran, either we read it, follow
it, istiqamah with it or not… as simple as that… lagi
satu guide yang ada, al-hadith... ikutlah sunnah-sunnah Rasulullah S.A.W… Bersihkan hati dan tanamkan fikrah islamiah…
Taubat la sementara masih mengizinkan… bersihkan lah hati… sucikanlah jasad, jiwa dan roh kita
dari dosa…
Sebagai perkongsian, pernah dengar kisah
tentang al-Qomah???
Beliau merupakan salah seorang sahabat Rasulullah S.A.W… sewaktu
sakratul maut, beliau mengalami kesukaran untuk meninggal dan tidak boleh
mengucap… apabila Rasulullah S.A.W selidik, rupanya beliau derhaka dengan
ibunya… setelah diampuni oleh ibu beliau, barulah beliau dapat pergi dengan
mudah…
Cuba lihat, dosa yang satu ja, sudah
susah nak ucap kalimah syahadah, itupun al-Qomah antara sahabat yang kuat beribadah dan beramal…
End Note
Let’s Talk Death
So we are more prepared for it
^^
…Spread the Love…
…Spread the Knowledge…
…Spread the Ukhuwah...
*****
FaiZ minta maaf jika dengan menulis blog
yang bertajuk yang agak ekstrem nie
mencalar mahupun mengguris perasaan sesiapa yang membaca…
Andai ada salah dah silap, mohon perbetulkan, insyaALLAH, kita sebagai manusia perlu nasihat menasihati agar tidak jatuh ke lembah kemungkaran…
Motif tulis blog yang agak ekstrem nie,
mungkin sebab FaiZ pernah accident <walaupun tak teruk> , hampir accident
a few times dan beberapa kawan FaiZ mengalami benda yang sama… macam FaiZ kata,
FaiZ dah mula lalai mengingati mati, dan terus lalai dengan urusan dunia… FaiZ
tak nak sahabat-sahabat lain berlaku benda yang sama… ^^
Jom sama-sama kita kejar redha ALLAH ^^
Dan sama-sama masuk syurga ALLAH ^^
Wallahualam
Credit to (a.k.a sumber rujukan)
^^
inshaAllah. mengingati mati itu wajib.
ReplyDeletesedangkan pokok pun mati, laut mati pun wujud...
ReplyDeletebaru mengingati mati waktu subuh tadi... terbayang eksiden waktu balik raya haji... ffuhhh..