Wednesday, September 04, 2013

~Masa Yang Rugi~

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Best Wishes Upon You, And Blessing Upon You and Barakah ALLAH upon you



Weyh hang tak rasa rugi ka, setahun hang belajaq, tapi kena repeat?

Herm, hang rasa hang rugi tak kena ulang satu sem?

=.=’ aku tanya dia, dia tanya aku balik

Hehe, entah, tak rugi kot, aku bukannya buat benda tak berfaedah pon, aku belajaq…

Yelah, tapi in term of grad lambat dari orang lain

Tapi aku akan grad tak?

Erk… kalau hang tak kena buang, memang hang grad gak.. tapi

Jadi? So what? Aku lambat sikit jap on… sama la cam mati, lambat atau cepat ja, and kita tak tau bila..

Apa kaitan ngan mati pulak tiba-tiba… betui tak rasa rugi?

Aku tak rasa rugi dari sudut masa bila aku grad, atau kena ulang or what not… tapi aku akan rasa rugi kalau…

Erk, kalau pa? ayat hang hanging…

Hang ja menyampuk… jap… erm… baca terjermahan surah 51 ayat ke 56…

~The Rest is History~

Cuba sahabat buka terjermahan al-quran tuh, flip through the pages and read the verse…

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
(Adz-Dzaariyaat 51:56)

Daripada surah tersebut merupakan beberapa tujuan diciptanya manusia, selain daripada menjadi Khalifah di muka bumi ALLAH ini… dah cukup jelas, kita dicipta untuk menyembah dan beribadat kepada ALLAH Taala, Tuhan Yang Maha Esa…

Tetapi, kita laksanakan tak tujuan kita sebagai hambaNYA… berapa banyak masa yang telah terlepas, yang terbang begitu sahaja,tanpa kita beribadat kepada ALLAH… Rasa rugi tak?

Sedar tak, berapa masa yang kita rugi dengan bermain PES ataupun pergi tengok wayang…

Ataupun pergi merayap ataupun melepak di Mall ataupun shopping complex…

Masa yang sepatutnya diperuntukkan untuk kita beribadat kepada ALLAH Yang Maha Esa, masa yang pergi takkan kembali, dirugikan begitu sahaja, wasted...

“alah, lepak-lepak kat mall tuh kan merapatkan  ukhuwahkan”

“Bro, takda medium lain ka nak merapatkan ukhuwah”


Ya, memang, tak salah dan tak diakui bahawa hanging out at the mall, tengok movie/wayang dan main PES tuh merapatkan ukhuwah… TAPI… sedar tak kalian tengah lalai gila… nak tanya sikit, time tuh ada tak ingat ALLAH?

Enough said… boleh ja pergi, tapi jangan lah lakukan perkara yang lagha…

Ibadah tuh jangan sempitkan hanya kepada solat, baca al-quran, haji dan zikir… widen your mine brothers and sisters…

Ya, rapatkan ukhuwah, belajar, bersukan dan berhibur tuh, kalau diniatkan kerana ALLAH, memang dikira sebagai ibadah…
<tapi, masih boleh kah untuk tengok wayang,main PES untuk rapatkan ukhuwah, kerana ALLAH?>

TAPI, kenalah kerana ALLAH, jangan mulut sahaja kerana ALLAH, tetapi nun di hati sanubari bermaharajalelanya ence NAFSU dan syaitan…

Sahabat, janganlah kalian rasa rugi, andai masa yang anda ada sebelum ini, dibazirkan kerana perlu mengulang tahun mahupun sem, ataupun masa yang anda ada sebelum ini boleh dimanfaatkan untuk kerja-kerja lain, ataupun masa yang dirugikan itu dek kerana tertidor ataupun apa-apa sahaja, tetapi rasa rugilah apabila masa itu diluangkan dengan hati yang lalai tanpa mengingati Illahi....

“Tidak akan bergeser kaki anak Adam (manusia) pada hari kiamat nanti di hadapan Rabbnya sampai ditanya tentang lima perkara: umurnya untuk apa dihabiskan, masa mudanya untuk apa dihabiskan, hartanya dari mana dia dapatkan dan dibelanjakan untuk apa harta tersebut, dan sudahkah beramal terhadap ilmu yang telah ia ketahui.” (HR. At Tirmidzi no. 2340) 

@@@@@@@@@@@

…Peace…

…Housemate semua tengah study, diri ini ja tengah lagha baca blog orang lain…

…Kalau ada salah dan silap dalam menyampaikan ilmu nie, minta la ditegur, sama-sama kita boleh belajar…

…Ingat, sebelum buat apa-apa, niatkan kerana ALLAH, insyaALLAH dapat berkat dan redhaNYA… 

P.S : main PES, tengok wayang atau lepak'ing itu hanya sekadar contoh, jangan terasa la pulak...



JAZZAKALLAH KHAIRAN KASIRA







1 comment: