Wednesday, April 16, 2014

Level Ukhuwah

Bismillah Hirrahman Nirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi atas segala nikmat serta rezekinya...

Perkongsian berikut bukan milik diri sendiri tapi di copy paste dari group whatsapp usrahmate/halaqahmate/naqib.... ^^

Harap dapat manfaat dari perkongsian tersebut

~~~~~~

Peringkat Ukhuwah ?


Ukhuwah ><

Sembang pasal ukhuwah, mesti ramai terbayang-bayang kawan2 sekeliling 

Kalau ana tanya  kalian :
"Hang dok ukhuwah peringkat mana??"

Tak ramai boleh jawab .

Mehh, ana nak share. 
Ukhuwah ada peringkat ➡➡➡,ada 3. Peringkat ini dalam bentuk ranking :

1. Ithaar
2. Salamatus As-Sadr
3. Husnu Dzon

So, ithaar adalah top dalam carta Ukhuwah

'Ithaar itu apa bro ?'

Ithaar ni tak ramai yg dapat dlm ukhuwah ^^, bahkan ranking terbawah sekalipun iaitu Husnu Dzon pun tak ramai yg dapat.

Ithaar ni ialah kita lebih pentingkan sahabat dari diri kita sendiri ^^.

Lagu mana tuh? 

Macam kaum Ansar yg sggup bg isteri  dekat kaum Muhajirin.

Senang cerita, ithaar ini kita bergembira ^^ dgn kgembiraan sahabat kita.

'Bereh,,bereh. Salamatus as-sadr pulok ?'

Salamatus as-sadr ialah berlapang dada. Kita berlapang dada dgn apa yg sahabat kita buat dan kecapi.

Kawan kita ejek  , kawan kita hina, kita relax  je. Kita berlapang dada ☺.

'Husnu Dzon bersangka baik kan ?'

Benarr .. ramai yg tau , tapi peringkat tercorot carta ukhuwah  ini pun orang tak dapat nak buat, apatah lagi yg ranking 2 dan ranking 1.

Kawan buat skit, terus sangka buruk , terus nak cemuh .

Haihh.. muhasabah >< lahh.
Kita di peringkat ukhuwah mana ?

>.< >.< >.< >.< >.<

JAZZAKALAH KHAIRAN KATHIRA

No comments:

Post a Comment