ASSALAMUALAIKUM W.B.T
7 NOVEMBER 2011
petikan dari SINAR HARIAN
MUHAHAHA!!! |
PETALING JAYA, SELANGOR - Hasrat sekumpulan remaja hendak berjenaka pada malam hari raya mengundang padah apabila mangsa yang hendak ditakutkan sesak nafas kerana terperanjat selepas melihat kelibat dua daripada mereka berbungkus dengan kain putih ala hantu pocong.
dalam kejadian 4 pagi semalam, mangsa seorang lelaki berusia 56 tahun, yang baru pulang dari pasar terkejut apabila dua pocong tiba-tiba muncul dan meloncat di blok D, Apartment Idaman di sini menyebabkan sesak nafas dan hanya mampu berpaut pada keretanya.
Ketua Biro Keselamatan Persatuan Penduduk Apartment Idaman, Azmi Ardi berkata, perkara berkenaan disedari petugas yang kebetualan mahu memulakan rondaan di kawasan perumahan itu.
"Kita sempat menahan tiga remaja termasuk dua yang berusia 14 dan 16 tahun yang menjadi pocong manakala beberapa rakan yang lain sempat melarikan diri," katanya.
Difahamkan, remaja tersebut menggunakan telekung wanita dan kain yang diikat dengan tali bagi membaluti badan masing-masing agar dilihat seperti hantu yang sebenar.
kesemuaan mereka tinggal di Damansara Damai dan ibu bapa mereka dipanggil untuk dimaklumkan perkara sebenar,'' katanya.
tambahnya lagi, kesemua remaja itu menangis teresak-esak selepas melihat ibu bapa masing-masing hadir ke dewan berkenaan.
soal siasat mendapati remaja berkenaan sengaja mahu mencetuskan ketakutan dalam kalangan penduduk di situ dan turut mengakui sempat menakutkan lima mangsa sahaja.
hehehe ^^ |
KONKLUSINYA
haha, tulah malam raya buat lagi... malam raya pon nak buat kerja yang tak patut... astaga... pocong oh pocong... sahabat-sahabat sekalian janganlah kalian buat seperti yang dibuat yang kanak-kanak ribena nie buat...nasib baik mangsa mereka tidak ada yang mati akibat terkejut.... dah dianggap sebagai pembunuh nanti... moral of the story: don't do crazy things that might get you in trouble... dan kalu nak bergurau pun berpada-pada la.... huhu, aku duk baca berita nie, takut lak malam nanti duk kat kolej....haha...
p.s : hari nie birthday NURSYAHANI BINTI NASRON.... selamat hari lahir ke 26.... umur dah makin tua, tak reti-reti nak kahwin ka.... hehe...she single and available.... n a little bit desperate....=D... lalala~~~
No comments:
Post a Comment