ASSALAMUALAIKUM W.B.T
23 OKTOBER 2011
Wahai sahabat-sahabat sekalian, apa khabar semua. InsyaALLAH semua sihat-sihat belaka. pada pertemuan di alam maya kali, saya ingin membawa kalian kepada satu topik yang amat menarik dapat bermanfaat kepada kalian iaitu "SOLAT TAHAJJUD"
SOLAT |
saya sendiri pun bukanlah semua hamba ALLAH yang dengan ilmuNYA tetapi, dari semasa ke semasa, kita tambah dan topupkan ilmu tersebut.topik ini pun saya ambil dari blog seorang ustazah dan beberapa web lain yang menerang tentang solat tahajjud.
ERTI SOLAT TAHAJJUD
solat ini didirikan pada waktu malam iaitu 1/3 malam atau sebelum waktu subuh. ada juga web yang mengatakan sesudah isya' dan sebelum subuh. tetapi sering kali orang akan mendirikan solat tahajjud pada jam 3.00 pagi hingga 5.00 pagi
.
Disyaratkan juga barangsiapa yang ingin mendirikannya perlu tidur dahulu walaupun tidur yang sekejap. bangun dari tidur dan terus solat <jangan lupa berwudhuk>. jika kita bangun mahu pergi kerja atau study dalam jam 5.00 pagi, bolehlah kita melakukan solat tahajjud sebelum subuh menjelma.
BACAAN KETIKA SOLAT TAHAJJUD
pada rakaat pertama baca surah Fatihah dan surah Al-Kafirun atau mana2 surah yang kita tahu kerana ia tidak ditetapkan. pada rakaat kedua pula, bacalah surah Fatihah dan surah Al-Ikhlas.
selesai solat, bacalah doa yang khusus, jika kita tidak tahu, bacalah apa2 doa yang kita tahu, atau minta dan yang kita hajati kepada ALLAH, nak berdoa dalam bahasa sendiri pon tidak mengapa.
selesai solat tahajjud, kita juga boleh sambung dengan solat sunat lain seperti solat sunat hajat dan solat sunat taubat,
FADILLAH ATAU FAEDAH MENGAMALKANNYA
dapat mendekatkan diri kepada ALLAH
orang yang melakukannya termasuk dalam golongan orang yg berzikir
orang yang mngerjakannya akan diberi ganjaran pahala dan syurga oleh ALLAH
solat ini juga sebagai penubus dosa2 yang lalu
ianya juga dapat menghindar diri dari penyakit
ALHAMDULLILLAH, setakat ini sahaja tinta dari saya. InsyaALLAH sama2lah kita sebarkan ilmu ALLAH ini agar dapat kita manfaatkannya dan juga sebagai dakwah sesesunngguhnya dakwah itu wajib bagi semua muslimin dan muslimat. jangan lupa juga untuk mengamalkannya selalu kerana Allah berfirman bahawa DIA menyukai perbuatan yang dilaksana secara berterusan.
segala yang baik itu datang dari ALLAH dan segala yang buruk itu juga datang dari saya. INSYAALLAH.
ALHAMDULILLAH |
No comments:
Post a Comment