Tuesday, October 04, 2011

Assalamualaikum W.B.T

3 OKTOBER 2011

Petua Imam Syafi'e

Empat perkara menguatkan badan
  1. makan daging
  2. memakai haruman
  3. kerap mandi
  4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
  1. banyak bersetubuh
  2. selalu cemas
  3. banyak minum air ketika makan
  4. banyak makan makanan masam
Empat perkara menajamkan mata
  1. duduk mengadap kiblat
  2. bercelak sebelum tidur
  3. memandang benda yang hijau
  4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata
  1. memandang najis
  2. melihat orang dibunuh
  3. melihat kemaluan
  4. membelakangi kiblat
 Empat perkara menajamkan minda
  1. tidak banyak berbual kosong
  2. rajin bersugi
  3. bercakap dengan orang soleh
  4. bergaul dengan para ulama
 CARA TIDUR
  1. TIDUR PARA NABI - Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi
  2. TIDUR PARA ULAMA & AHLI IBADAH - Miring ke sebelah kaann untuk memudahkan terjaga untuk solat malam
  3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA - Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan
  4. TIDUR SYAITAN - Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka
Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim & Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah satu amalan yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah kembali ke rahmatullah. Berdakwah kepada mereka yang memerlukannya kerana dakwah adalah wajib bagi setiap Muslimin & Muslimat. INSYAALLAH. SUBHANALLAH. SELAMAT BERAMAL.

Sumber:
Sahabat-sahabat
~pilihlah sahabat yang dapat membawa anda ke syurga ALLAH~

No comments:

Post a Comment