Friday, May 18, 2012

~Syurga ALLAH Vs Redha ALLAH~


Apa khabar semua... Apa khabar Iman... Apa khabar Islam... Hehe... pernah tak tanya soalan kat diri sendiri... Aku pun baru tersedar nak tanya soalan nie kat diri aku seniri... jawapannya???


Korang ada jawapan korang, aku pun ada jawapan aku seniri... hehe... biar ALLAH sahaja yang mengetahui...


Syurga ALLAH VS Redha ALLAH





Okey, kita dah tau dah kan, syurga itu apa kan… syurga akhirat yer, bukan syurga dunia… tapi apa kita faham dengan term ‘redha’…

‘aduh, kita redha jelah dengan ketentuaan ALLAH’, ayat skema yang akan terkeluar dari ulas bibir manusia apabila ditimpa dugaan….

Redha berasal dari kata radhiya-yardha yang bererti menerima suatu perkara dengan lapang dada tanpa merasa kecewa ataupun tertekan. Sedangkan menurut istilah, redha berkaitan dengan perkara keimanan yang terbahagi kepada dua iaitu, redha Allah kepada hamba-Nya dan redha hamba kepada Allah (Al-Mausu’ah Al-Islamiyyah Al-’Ammah: 698). 

Ini sebagaimana diisyaratkan Allah dalam firman-Nya, 

”Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redha kepada-Nya.” (QS 98: 8).

Redha Allah kepada hamba-Nya adalah berupa tambahan kenikmatan, pahala, dan ditinggikan derajat kemuliaannya. Sedangkan redha seorang hamba kepada Allah mempunyai erti menerima dengan sepenuh hati dan ketetapan dari Allah. Menerima aturan Allah ialah dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya. Adapun menerima ketetapannya adalah dengan cara bersyukur ketika mendapatkan nikmat dan bersabar ketika ditimpa musibah.

Okey, itulah maksud redha… sahabat sudah faham? Kalau tak faham, aku akan letak satu blog kat bawah yang aku guna sebagai rujukan…

Kenapa syurga vs redha ALLAH jadi topic blog aku hari nie???
Well, aku sejak masuk university, baru ada kesedaran tentang agama, tentang Islam dan Iman… itu pun, kesedaran tuh grows gradually, insyaALLAH…

Jadi, a few days ago, aku ada berjumpa dengan buddy aku, a.k.a abang angkat, n seorang senior… saja jumpa, diskusi tentang Islam, and suddenly, dia brought up konsep beribadah untuk mencari redha ALLAH dan bukan syurga ALLAH…

Terpana gak la time tuh. Buddy aku kata, umat zaman sekarang, lebih kepada mengejar syurga ALLAH, tapi, terlupa akan mengerja redha ALLAH. Itulah umat zaman sekarang. Beribadah semua untuk syurga, tiada terlintas dihati pun berniat untuk mendapatkan keredhaan ALLAH. Sedangkan, walaupun dengan pahala yang menggunung tinggi, jika ALLAH tidak redha untuk kita masuk syurga, masuk neraka juga kita.

Usrah dengan seorang senior sejam sebelum itu, ada juga mengatakan bahawa setiap amalan kita, jika bawa kearaha kebaikan, samada kebaikan sendiri,ummah dan Negara, insyaALLAH, jika kita melaksana dengan penuh bersungguh-sungguh, ia akan diterima sebagai ibadah. Seperti melihat perkara2 yang baik, dianggap sebagai ibadah…

Jadi perbincangan dalam usrah serta dengan buddyku, actually membuka mataku sedikit demi sedikit. Bukan sebelum nie tak buka langsung, tapi makin terbuka la, daripada sebelum nie, tiada kesedaran langsungkan.

So, muncullah persoalan nie… Aku nie beribadah nie, actually, adakah kerana nak dapat cium syurga ALLAH, atau nak gapaikan keredhaan ALLAH? Ataupun kerana nak dapatkan redha manusia2 sekeliling??? Soalan cepu cemas…. Jeng….

Well, aku sendiri kena check a.k.a muhasabah diri balik. Aku bukan keliru, aku bukan confius mahupun putus fius, tapi just wanna recheck…

Sesetengah orang, akan berubah kearah kebaikan nie, a.k.a insaf kerana pengaruh kawan, muncul sedikit kesedaran. Yelah, salah satu cara nak jadi baik kena pilih kawan… tapi, bila kawan dah takdak, begitu mudah futur. Kesedaran sebab environment ja, no because of ALLAH. Hmmm, aku la tuh kot…hehehe

Muhasabah diri….

Jadi…. Cuba kita muhasabah diri… kita nie… sedang mencari syurga ALLAH ka? Ataw, sedang cuba menggapai redha ALLAH?? Ataw sedang mencari redha manusia…. Jeng3….

Selamat Beramal….

~FiN~

2 comments: