Saturday, May 26, 2012

~Forgiveness~



Setiap manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan. Apabila berlaku  kesalahan, kita akan ada dalam dua situasi, dua tindakan. Sama ada meminta maaf daripada pihak lain, atau memaafkan orang lain.

Semua orang akan berdepan dengan situasi ini dan halangan yang paling utama dalam menghadapinya ialah ‘keegoaan’ yang ada dalam diri kita.

Keegoaan ini bermaksud kita berasa bermaruah, berkedudukan dan beridentiti, we are more than others are. Tak ramai yang mampu melawan keegoaannya untuk meminta maaf, mahupun memaafkan orang lain.


Maaf, forgiveness, dah jadi satu perkataan yang paling mahal, terlalu berat untuk kita sebut.
Berapa banyak dikalangan kita yang mampu untuk memohon maaf dan berapa banyak mampu memaafkan orang lain.

Berapa??? Susahkan??? Hehe, jawab dalam hati jelah ya…

Kenapa ya susah sangat??? Why asking forgiveness and forgiving others are too hard too handle. 
Bukankah meminta maaf itu suatu perkara yang mulia???  Kenapa malu untuk meminta maaf sedangkan sedangkan ia menunujukkan kita dah berjaya, berjaya melawan musuf kita, nafsu dan ego.

Kalau kita ikut ego kita, kita sudah mengikut jejak langkah Iblis. Sewaktu enggan sujud kepada Nabi Adam alaihissalam…

Al Baqarah ayat 34

“ Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam,” maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir”

Al A’raaf ayat 12

Allah berfirman: "Apakah maninya yang menghalangmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api, sedang dia 
Engkau jadikan dari tanah."

Jadi, kalau kita berasa kita terlalu tinggi daripada orang lain,terlalu bagus, terlalu genius,dan perkara ini 
menghalang kita daripada merendahkan ego kita, jejak sapakah kita ikuti??? Nauzubillah Min Zalik…  

Kita tak mahu menjadi dikalangan mereka yang sesat.

Kalau kita bercakap danmenggoreskan perasaan orang lain, mohon lah kemaafan. Kalau kita bergaduh, disebabkan perkara yang remeh, perkara yang tidak sepatutnya, mohonlah kemaafan. Kalau ada salah faham antara kita semua, miss understanding, mohonlah kemaafan.

Life is more subtle, calmer and easy if everybody have the awareness to forgive and forget… Life is too short to waste it on hating people.



Ada orang akan kata, kalau kita berhadapan dengan sesuatu yang susah kita lupakan, sesuatu orang telah buat kepada kita, yang menyebabkan kita terasa sangat marah, kecil hati,, dan macam-macam lagi…dan kita berasa apa orang buat itu suatu perkara yang tidak dapat dimaafkan… bukankah kita mempunyai hak untuk tidak memaafkan orang itu…

Dan ada juga jenis yang perfectionist, jenis attitude kelas A, tak boleh buat salah langsung. Kalau buat salah yang kecil, boleh lagi kita maafkan, tapi kalau terlalu besar kesalahan tuh, kita yang ber’atittude’, ‘sukar memaafkan orang lain’, macam mana???

An-Nuur ayat 22

Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Layakkah kita mengatakan ‘hak’ memberi kemaafan, sedangkan hidup kita dan kesenangan yang kita ada, semuanya milik mutlak ALLAH Subhanahuwataala. Sedangkan ALLAH mempunyai sifat kasih dan pemaaf yang mutlak, maka sapakah kita untuk tidak memaafkan insan lain? Siapakah kita menyatakan tidak memberi kemaafan sedang insan teragung, Rasulullah S.A.W boleh berlapang dada dan memaafkan orang lain. Adakah kita lebih agung daripada beliau???

Pesanan Luqman al-Hakim



Semakin kita memaafkan orang, semakin kita tenang dan bahagia. Berlapang dada adalah perkara yang susah untuk kita buat, tapi apabila kita dah berjaya sampai ke tahap tersebut, tahap kelapangan dada itu tak terhingga.

Kesimpulannya, marilah kita bermuhasabah dirim sejauh mana tahap keegoaan kita pada hari ini. Marilah kita bersama-sama berlapang dada, memohon maaf dan memaafkan. Didik diri dan didik jiwa kita. 

Moga ALLAH sentiasa memberi petunjuk kepada kita.

Sekian, tersebut sedikit perkongsian daripada aku, hamba ALLAH yang kerdil =D.. moga perkongsian ini dapat dimanfaatkan...

sumber:
Velvet di Durham

1 comment:

  1. terima kasih atas perkongsian :)
    sebenarnya,
    kalau tak maafkan orang
    kita yang rasa sakit..
    kita yang duk terfikir lebih2
    geram semua itu ini..
    tapi bila kita maafkan
    insyaAllah hati sama2 lega...

    ReplyDelete