Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh...
Apa khabar iman...
Apa khabar hati...
Apa khabar Islam...
hermmm... apa ek ahsanu.... apa ek aksaru... pembaca taw x??? kalau mereka yang pernah belajar bahasa arab mungkin tau.... ataw jenis hafaz al-quran pun akan tahu.... okey, apa kata sama2 kita hayati ayat dibawah... sambil tuh, cuba buka tafsir al-quran...
Maaf xdapat dalam Bahasa Arab |
Cuba perhatikan ayat nie... "... untuk menguji kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya"
Cuba perhati sekali lagi dalam bahasa arab pulak... (dalam tafsir al-quran =,= )
ALLAH menggunakan kalimah ahsanu, yakni terbaik.... dan bukan aksaru, yakni terbanyak...
kenapa terbaik dan bukan terbanyak...
kenapa ahsanu dan bukan aksaru....
okey, aku bagi beberapa situasi...
situasi satu...
antara orang yang derma rm1000 dengan orang yang menderma rm10.... sapa lagi pemurah??? mesti kita kata yang derma rm1000 kan... kan3.... don't deny it....
situasi kedua
antara orang yang solat terawih 20 rakaat dengan orang yang solat terawih 8 rakaat... sapa lagi baik??? mesti kita kata yang solat terawih 20 rakaat lagi baik...
situasi ketiga
cuba bandingkan orang yang baca al-quran dan khatam dalam masa sebulan dengan orang yang khatam al-quran tapi ambil masa setahun.... sapa lagi baik??? mesti kita kata yang khatam dalam masa sebulan kan....
herm.... itulah kita... kita selalu sangat judge orang dengan melihat pada bilangan... yang banyak itu dikatakan baik... yang sedikit tuh dikata.... bukan jahat, tapi kurang baik...
kenapa terbaik dan bukan terbanyak...
kenapa ahsanu dan bukan aksaru....
hehe...
baiklah... saya nak tanya sahabat a.k.a pembaca sekalian...
ALLAH terima amal ibadah hambaNYA berdasarkan apa??? berdasarkan bilangan amalan atau bagaimana amalan tersebut dilaksanakan???
Open for answers....hehehe
berbalik kepada situasi td...
adakah dengan menderma jumlah yang banyak dengan niat untuk menunjuk2 ataw terpaksa itu lebih murni daripada yang menderma sedikit yang lebih tulus ikhlas serta dalam keadaan tangan kanan menghulur, tangan kiri tidak tahu....
adakah dengan bersolat terawih yang 20 rakaat dalam keadaan tergopoh2 a.k.a kalut adalah lebih baik daripada terawih 8 rakaat yang lebih teratur serta tenang...
adakah dengan mengkhatamkan bacaan al-quran 30 juzuk dalam keadaan tajwid tunggang langgang dan tergopoh gapah semata2 nak khatam dalam masa sebulan adalah lebih baik daripada bacaan yang tertib dan mengambil masa setahun....
cuba sahabat dan pembaca fikir2kan...
kadang2 kita berbangga dengan amalan kita, kita bangun qiamullai, dapat berpuasa, dapat berzikir seribu kali ataw dapat melakukan amalan yang jarang kita laksanakan...
wahai sahabat, nak tanya, yang kita dok syiok bangga sangat tuh, kita IKHLAS ka buat.... erm.. ALLAH terima ka??? ada fikir x???
Daripada Anas bin Malik (hadis riwayat an-Nasai),
pernah suatu ketika, Rasulullah(saw) bersabda di
tengah2 Sahabat, "Akan berlalu di hadapan kalian selepas ini seorang ahli
syurga."
Dan berlalulah
seorang lelaki.
Esoknya,
Rasulullah(saw) mengulang lagi kata2 yang sama, dan lelaki yang sama juga
keluar.
Lusanya, Rasulullah(saw) mengulang lagi kata2 baginda, dan lelaki yang
sama juga keluar.
Sahabat
Rasulullah, iaitu Abdullah bin Amru al-As, mempunyai rasa ingin tahu, apakah
amal lelaki itu sehingga dia mendapat ganjaran syurga. Maka, dia mencari alasan
untuk bermalam di rumah lelaki tersebut selama 3 hari. Namun, dia tidak melihat
lelaki itu bangun untuk mengerjakan qiamullail. Pendek kata, amal lelaki itu
tidak banyak, dan tiada pula amalan2 istimewa yang kelihatan pada lelaki
tersebut.
Selepas 3 hari,
sahabat Rasulullah(saw) pun bertanya, "Aku mendengar Rasulullah(saw)
menyatakan bahawa engkau ahli syurga, tetapi aku tidak melihat pada engkau ini
seorang yang bangun solat malam, dan tidak pula aku melihat kau mempunyai
amalan2 yang istimewa. Maka, beritahulah kepadaku, apa yang telah engkau
kerjakan?"
Lelaki itu
menjawab, "aku sebagaimana yang engkau lihat, tiada apa yang istimewa dan
tidak pula banyak amalnya. Tetapi, dalam hatiku, tiada sedikit pun rasa hasad
dan sangka buruk kepada saudara Muslimku yang lain."
tengok, bukan dengan zikir yang panjang, bukan kerana qiamullai yang selalu dilakukan, tetapi kerana amalan yang satu yang terbaik, dia dimasukkan kedalam syurga oleh ALLAH...
"erm... so, xpayah la wat qiam, xpayah la berzikir, camtuh???" mesti yang nie yang berlegar-legar dalam minda kalian...
Dari Aisyah r.a. berkata : Nabi pernah ditanya :”Manakah
amal yang paling dicintai Allah? Beliau bersabda :”Yang dilakukan secara terus
menerus meskipun sedikit”. Beliau bersabda lagi :”Dan lakukanlah amal-amal itu,
sekadar kalian sanggup melakukannya.” (HR. Bukhari)
dari kisah di atas serta situasi2 tersebut, bukan tak perlu bangun qiam, bukan xperlu zikir panjang2 untuk masuk syurga ALLAH, untuk dapat redha ALLAH, tapi, biarlah amal ibdah yang kita laksanakan, biar ia datang dari hati yang ikhlas dan kita dapat istiqamah dalam melaksanakan amalan tersebut...
Pokok pangkalnya, ALLAH tidak pandang kepada jumlah bilangan amalan yang kita laksanakan, tetapi ALLAH tengok bagaimana kita laksanakan amalan tersebut, adakah dalam hati yang ikhlas, adakah dalam keadaan hati yang bersih....
kenapa terbaik dan bukan terbanyak...
kenapa ahsanu dan bukan aksaru....
Mari kita sama2 perbaiki kehidupan kita dengan menjadikan amalan-amalan kita sebagai ahsanu amala yakni amalan yang terbaik....
Sekian perkongsian sedikit dari aku...
yang baik itu datang dari ALLAH, yang buruk pun datang dari ALLAH tetapu bersandar keatas aku, hambaNYA yang inginkan taufiq dan hidayahnya,serta redhaNYA...
Ahsanu Amala
sumber:
Batu Bata Kehidupan (Hilal Asyraf)
No comments:
Post a Comment