Saturday, June 30, 2012

~Rapuhnya Hati Ini~


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh

Apa khabar Iman

Apa khabar Islam

Apa khabar Hati

Apa kata sebelum kita melangkah, terus membaca isi kandungan blog ntahapapa nie, kita mulakan dengan baca bismillah n baca al-fatihah, n faham maksud2nya...

Dah....???

Okey, semua mesti tertanya2 (kalau tak tuh, cuba2 la berlakon kejap).... 

kenapa terkecil hati?

kenapa ek...

honestly nak katakan, minggu nie, erm, bukan minggu nie ja, dah agak berlama, aku mudah sangat terasa hati a.k.a terkecil hati dengan semua orang, especially orang yang berada disekeliling aku...

entah kenapa, rapuh sangat hati nie...







sambil duk munasabah diri, duk fikir kenapa jadi keadaan macam nie...

tetiba, teringat satu blog aku pernah baca....

"Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati"



Mengapakah???

Blur tak???


[Fahamkan betul-betul]

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa.
Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa.
Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.

Anak: Uiikk.. tapi kenapa pula? Kita tak buat apa-apa pun.

Ayah: Kerana orang yang menghina, penghinaannya itu adalah peringatan daripada Allah.

Anak: *blur

Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dri Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yg dah leka dengan dunia.
Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.

Anak: Ooooooo... ook.... (nada dah faham)

Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. "Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu..." dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. "Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia,....." jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.

Anak: *termakan cili

dan aku pun termakan cili gak....kih3

Conclusionnya, jangan mudah sangat nak terasa hati ngan sapa2... xperlu, xharus dan xwajib...

Ingat, dugaan itu datang dari ALLAH Taala, kalau kita terasa hati, nmpk sangat kita touching ngan ALLAH, and clearly lagi hablur (crystal) lagi, kita tak redha dengan ALLAH...
takut2, ALLAH pulak tak redha dengan kita...

Sekian...

P.S maklumat diatas bersumberkan blog SEBAIK-BAIK CAHAYA

2 comments:

  1. xpayah nak kecik hati ngan orng sgt la... hahah..

    ReplyDelete
  2. wah2. peringatan yg baik2... jzkk :)

    ReplyDelete