Bismillah Hirahman Nirrahim
Assalamualaikum Warrahmatullah Hiwabaraktuh
Alhamdulilah… Dah masuk hari ke 13 kita puasa… Dan kita masih bernyawa, bernafas, menghirup 0ksigen yang dikurniakan oleh ALLAH tanpa sebarang bayaran… Syukur Alhamduillah... (^^)
Susah ka jadi baik??? Itu persoalan Faiz kepada pembaca… Sudah ka??? Kenapa susah sangat nak buat baik???
Senang ka jadi jahat??? Kenapa senang sangat nak buat jaha??
Memang jadi fitrah manusia untuk jadi baik dan melaksanakan kebaikan… paling kurang pun, seseorang itu akan suka kebaikan dan ingin melakukan kebaikan… tetapi kenapa susah sangat…
Bila kita nak buat baik, mesti ada halangan… samada dalam bentuk zahir atau batin… Kalau zahir, orang lain akan mempertikaikan kita dan menghalang kita dengan macam2 gaya… Kalau batin, yelah, syaitan dan nafsulah menjadi musuh yang menghalang niat murni kita…
Susah ka jadi baik…
Faiz akui, Faiz tak lah baik sangat… kadang2 bila da orang kata Faiz nie baik, Faiz rasa cam malu sangat, sebab Faiz bukan baik sangat… ‘Baik’ tuh adalah..kih3
Honestly, sekarang cuba jadi baik, interm of baik… that doesn’t mean that I was evil, cruel, jahat n what not… Cuma I want to be better than before…
“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka”-
Hadith Rasulullah SAW.
I am trying… and hope everybody else also doing it… ambil la peluang bulan Ramadhan ini, dimana Syaitan dibelengu, dan hanya musuh kita nafsu sahaja yang ada… jadi ambil la peluang ini untuk jadi baik, dan istiqamah la dengan kebaikan tersebut…
“Allah Pelindung orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.” Surah Al-Baqarah ayat 257.
Sekian (^^)
Spread The Love
Forever N Always
(^^)
No comments:
Post a Comment