بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam Sejahtera Keatas Kamu, Dan Rahmat ALLAH Keatas Kamu serta Barakah ALLAH Jua Atasmu
"Wahai
orang-orang yang beriman! Masuklah kalian ke dalam Islam secara keseluruhan,
dan janganlah kalian mengikuti langkah-langkah syaithan, kerana sesungguhnya
syaithan itu adalah musuh yang nyata bagi kalian."
(Al Baqarah: 208)
Syumul
Apa itu SYUMUL
Syumul itu bermaksud
menyeluruh,mencakupi segala aspek sama ada dunia mahupun akhirat.menjadi wadah
kepada setiap agenda
Dalam erti kata
lain, syumul itu sempurna dan menyeluruh
Islam itu Syumul
Cuba kita fikir,
tafsir, memahami, dan mendalami surah Al-Baqarah di atas
Apa yang cuba
disampaikan???
Masuklah kalian ke
dalam Islam secara keseluruhan
Dari situ, memang
dah cukup direct ALLAH kata…
Tiada kiasan dalam
firman ALLAH tersebut…
Masuk dalam Islam
secara menyeluruh…
Bagaimana nak masuk
secara menyeluruh???
Dalam al-Quran dan
Hadith Rasulullah S.A.W semua ada, don’t worry, jangan risau…
“Dan Kami turunkan
Kitab kepada kamu dengan menerangkan setiap sesuatu”.
(An-Nahl: 89)
Jadi…
Kesyumulan Islam
semuanya terkandung dalam kitab suci Al-Quran serta sunnah Rasulullah S.A.W
Jadi janganlah kita
hanya mengambil Islam secara berjuzuk-juzuk
Macam
Bulan nie, kita
hanya mempraktikkan aqidah Islam, bulan depan pulak praktikkan tentang ibadah,
dan bulan seterusnya syari’at pulak…
TIDAK!!!
Jangan sesekali!!!
Jap, aku cuba bagi
analogi sikit tentang syumul ini…
Cuba bayangkan
Nak makan mee kuah
Mangkuk tuh
diibaratkan aqidah Islam
Mee tuh diibaratkan
syari’at Islam
Kuah tuh diibaratkan
ibadah Islam
Camca/sudu tuh
diibaratkan hukum-hukum Islam
Garfu tuh
diibaratkan sebagai sejarah Islam atau sirah Nabi
Cuba bayangkan makan
mee kuah tuh, tanpa salah satu, atau dua, atau tiga daripada benda diatas.
Boleh makan ka tanpa
sudu, ataupun garfu, ataupun tanpa mangkuk…
Tak bolehkan…
Sama la kita sebagai
Islam…
Tak sempurna iman
kita, ibadah, akhlak dan aqidah kita kalau kita tak memasuki Islam secara
menyeluruh
"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah
kalian ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kalian mengikuti
langkah-langkah syaithan, kerana sesungguhnya syaithan itu adalah musuh yang
nyata bagi kalian."
(Al Baqarah: 208)
******
Entah kenapa, tadi
waktu bersuka ria bersama sahabat-sahabat…
Boleh dikatakan
batas pergaulan dan bermain antara ikhwah dan akhwat tak terjaga…
Dan terdapat 2, 3
sahabat menegur dan meminta agar permainan dipisahkan antara lelaki dan
perempuan…
Alhamdulillah
Ada sahabat yang
sedar, bahawa kita hampir lalai…
Dan malam tuh pulak,
aku pulak diminta pastikan mereka (termasuk juga aku) menjaga batas…
Entah kenapa, surah
Al-Baqarah ayat 208 yang melayang masuk kedalam mindaku…
Time tuh baru aku
sedar
Aku sendiri pon tak
memasuki dan menganuti Islam secara menyeluruh
sedih!!!
Pada waktu sama,
pengisian usrah tentang Islam itu agama yang syumul mengetuk pintu hati
sanubari ini…
Tetapi, sedih!!! Dunia
nie terlampau banyak fatamorgana, dah terlupa sikit isi pengisian tersebut…
Terasa malu dengan
sendiri…
insyaALLAH, dengan
berdoa dan usaha serta kebergantungan kepada ALLAH Taala (sama la dengan berdoa)
insyaALLAH akan cuba menjadi seorang muslim yang mukmin…
takpa kalau masih
merangkak dalam mengenali Islam walaupun yang lain dah mula berlari… bayi pon
mula dengan meniarap dulu, baru merangkak, then, jalan pastuh lari… so, biar
ada usaha dan kesedaran daripada duduk static macam patung….
InsyaALLAH
bersama-sama kita (aku dan para pembaca) menuju kearah membentuk diri mukmin
yang berjaya dunia dan akhirat…
^^
Jazzakallah Khairan
Kasira
<maaf tak dapat explain
tentang kesyumulan Islam secara detail, aku pun tengah mencari lagi ilmu, kalau
ada salah dan silap, tegur lah aku yerk ^^ >
takpa kalau masih merangkak dalam mengenali Islam walaupun yang lain dah mula berlari…
ReplyDeletekrana Allah x lihat bila kita bermula, teteapi Allah lihat bagaimana penghujung kita....
Allah tahu niat kite. .innama `amalu bi nniat :)
ReplyDelete