Tuesday, August 20, 2013

~Kegagalan dan Perpisahan~

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Best Wishes Upon You, And Blessing Upon You and Barakah ALLAH upon you

Siapa yang tak pernah rasa kegagalan. Semua orang pernah. Cuma kadang-kadang kita ja yang tak sedar akan kegagalan tersebut. Maybe sebab kegagalan tersebut tidak memberi sebarang makna ataupun tiada impak dalam kehidupan harian…

Merasai suatu kegagalan itu amatlah perit, pahit dan amatlah malu…

Kecewa dan sedih pun ada…

Dari topic pon rasa pembaca dah mampu tafsir sendiri…

Dalam entry yang sebelum ini, aku dah sebut yang aku kena ambil peperiksaan ulangan kan. Well, aku gagal 3 dari 6 modul, jadi aku kena mengulang pelajaran tahun 2 aku semula, bersama adik-adik juniorku.



Kebanyakan sahabat dapat tahu result pada 2/8/2013 tetapi aku dapat tahu sehari selepas peperiksaan OSPE.

Entahlah kenapa, aku tak lah kecewa sangat, mungkin sebab aku dah dapat predict yang aku bakal gagal. Cuma aku agak terkejut kerana aku sangkakan aku hanya akan fail 1 paper sahaja, tetapi 3 paper…

Berita yang aku sampaikan sahabat-sahabat terlebih dahulu. Bukan aku mendahulukan mereka daripada keluarga, aku cuma mahu kuat sebelum berdepan dengan keluarga yang aku tahu reaksi mereka. Terima kasih kepada sahabat2 yang datang meneman dan membawa aku jalan2 dan shopping di sekitar shah alam dan KL setelah tahu aku perlu mengulang tahun…


Kesedihan tak terhingga, perpisahan yang dijangka. Sahabat seperjuangan yang lulus akan maju ke tahun klinikal, jadi mereka akan pindah ke HUKM di Cheras. Sekarang hilang beberapa sahabat yang sering berada didepan, dibelakang, kiri, kanan, atas dan bawah.

Aku tak sedih mengulang tahun, aku hanya sedih berpisah dengan mereka…



Apapun, aku harap mereka berjaya dalam pembelajaran mereka dan tak perlu mengulang tahun di klinikal. insyaALLAH, kalau ada rezeki, tahun akan datang, jumpa di HUKM. Kalau tiada rezeki insyaALLAH, persahabatan tetap akan terjalin…

Aku masih bersyukur kerana aku masih diberi peluang untuk mengulang dan bukan dibuang fakulti. Setiap kejadian itu ada hikmahnya, setiap dugaan itu ada rahmatNYA. Alhamdulillah, semasa aku sedih, aku teringat kata2 sahabat yang mengulang tahun 1 dan kini akan bersama menjadi batchmate aku kembali…

"Mungkin aku kena ulang taun sebab aku makin jauh, aku makin tergelincir... bila aku tengok balikkan, semua amalan aku, ibadah aku, akhlak aku, makin teruk... mungkin sebab tuh kot, ALLAH tarik balik nikmat nak move foward 2nd year... ALLAH tak bagi aku maju lagi sebab nak jadi aku baik... lebih baik dari sebelum nie..."


Repeater 1st year

Terima kasih kerana membaca, doa2 kan lah FaiZ dan sahabat2 yang berjuang dan berjihad atas nama ISLAM…

InsyaALLAH, gagal FaiZ sekarang bukan gagal selamanya, bukan tiada kejayaan buat FaiZ...

Cuma kejayaan tersebut belum sampai tempohnya untuk FaiZ kecapi...


InsyaALLAH sahabat, perpisahan kolej takkan memutuskan ukhuwah kita

JAZZAKALLAH KHAIRAN KASIRA

1 comment:

  1. untung ramai kawan yg support dari blakang. jd, jgn nk jd loner sgt.. kesian kawan2

    ReplyDelete