Sunday, January 26, 2014

Tarbiyah : Aku Level Mana???

Bismillah Hirrahman Nirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Kian lama, kian hilang interest nak tulis blog...

Maybe factor laptop masih dekat hospital, so nak menaip dekat ipad agak susah...

Maybe factor kehilangan ilham, tiada apa boleh ditulis...

Maybe... Niat salah tika memulakan blog nie...

Everything starts with your intention (niat), followed by your action, determined by ALLAH Wisdom and Will...




>,<

So aku ambil keputusan untuk berjalan-jalan di blog2 kenalan...

Berjalan-jalan di blog2 yang sering ku petik menjadi ilham...

Makin ku bersiar2, membuka mata, minda dan dada...

Rasa pilu berpalu di hati...

Kebanyakan bloggers yang aku follow, biasanya dikalangan usrah dan halaqah, so memang blog mereka islamik...

It makes me wonder, what level is my iman, my tawakal, my knowledge on Islam...

Jika melihat mereka, dari 1st year mendapat tarbiyah, sehingga sekarang, mereka boleh digelar jundullah...

Ya mereka tidak berperang seperti saudara seislam di Syria, Palestine.... Tapi mereka memerang dari segi akademik serta dakwah yang disebarkan...

Dan aku memula melihat diriku, mencermin diri ku...

Mengeluh tak henti2...

Sometimes i wonder wether do i act like a muslim or just pretend to be one...


Yelah, ikhtilat kekadang jaga, kekadang tak...

Kurang kefahaman dan tiada kesedaran untuk menambah kefahaman...

Ukhuwah tak terjaga.u..

Dan mostly 10 rukun dalam fiqh haraki pon aku kurang mendalami mahupun mengamalkan...

Rasa malu dengan diri sendiri bila fikir kembali...

Usia makin meningkat dan makin singkat, ajal dan maut bila2 masa sahaja boleh datang...

Kemahuan ingin menjadi seperti mereka ada, tetapi.... Usaha itu, alahai, adakah ciput ataupun tiada???

Dimanakah diri ku sekarang...??? Masih dibuai mimpi dan keseronokan dunia, alpa akan bahawa dunia hanya penjara dan tipu muslihat...???

"Bukan semua yang mendapat tarbiyah, esok hari ataupun dalam masa sebulan akan jadi seorang yang amat tinggi, ada yang lambat, ambil masa berbulan2 mahupun bertahun2. Ada yang fast-paced dan ada yang slow-paced. Yang penting istiqamah dan yakin akan pertolongan dan rahmat ALLAH"
Akhi Azizi (Naqib) - berbincang tentang Mardhatillah

"Jangan ingat kita nanti kelak akhirat masuk syurga sebab pahala yang kita kumpul, sedangkan pahala yang YDP kita yang alim, amal yang banyak tuh pun, belum tentu masuk syurga. Melainkan dengan rahmat ALLAH. Semua kita nie, masuk syurga nanti, bukan sebab ganjaran pahala kita, tapi sebab atas rahmat ALLAH. Tapi jangan bagi alasan tuh untuk berhenti beramal pulak"
Akhi  Luqman Hakim (Naqib) - sesi bedah buku... Hehe...lupa tajuk buku...

So, aku tak perlu la berputus asa, eventhough dah bertahun dalam kancah tarbiyah, masih ditahap rendah...

Ya, memang aku sedih, mereka yang mendapat tarbiyah bersama denganku kini sudah level yang amat tinggi, malah mereka yang mendapat tarbiyah selepas dariku pun sama...

Maybe diriku kurang ikhlas, mengharap segala2nya mudah... Mengharap segalanya senang...

"Tarbiyah itu kalau manis, ana yakin pasti ramai akan ikut... Tetapi, tarbiyah itu pahit, tawar, ambil masa yang lama, tetapi productnya insyaALLAH manis... Tapi tak ramai yang mahu ikut..."
Akhi Faiz Jalil (status FB kalau tak silap)

Jadi, bagiku dan mereka yang masih menghadapi kesukaran dalam tarbiyah, sabar dan istiqamah, ikhlaskan niat, insyaALLAH, ALLAH akan tolong hambaNYA...

"Sebelum kita memulakan halaqah kita, masih perbetulkan niat dahulu, niatkan kerana ALLAH Taala, bukan niat kerana halaqah nie best, kerana lepas halaqah nie nanti akhi belanja makan, jangan, tetapi niatkan kita datang halaqah, datang majlis ilmu atau buat apa2 pun, niatkan kerana ALLAH Taala, insyaALLAH segala perbuatan kita, kalau niat kerana ALLAH, insyaALLAH dikira sebagai amal ibadah, wallahualam..."
Akhi Azizi (setiap kali sebelum memulakan halaqah)

Sabar dan Istiqmah...


Yes its hard to be patient... Its hard to istiqamah... But think about the reward of it, it will be easy, insyaALLAH...

Nie sebahagian daripada blog yang sering aku layari... Maybe bagi kalian tak la islamik sangat, maybe sebab aku sudah mengenali si penulis/blogger, aku rasa roh islam dalam bait2 tulisan mereka... ^^


Jundullah yang aku respect sgt2... Dakwah in their own unique way...


I wish I become a daie such as they all are... ^^


Jazzakallah khairan kathira

No comments:

Post a Comment