Saturday, February 22, 2014

Kuasa Berdoa

Bismillah Hirrahman Nirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi atas segala nikmat serta rezekinya...



Doa itu senjata seorang mukmin…

Dari Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama, dan nur bagi langit dan bumi".
(HR Hakim)

Lewat malam semalam aku keluar makan dengan kawan aku, 3rd year medical student, and he just said that was actually mind blowing and jaw dropping…


“weyh, doakan aku ek, untuk posting OnG nie. Aku takut gila sekarang. Final harituh pun aku tak taw camna aku boleh lulus. Berkat doa kawan-kawan aku rasa. Hang sedar tak, hang pun lulus semua.  Kami kat sini semua doa bagi hampa lulus. Semua nak hampa masuk klinikal. So penting la kana da kawan yang tolong doakan kejayaan kawan yang lain”
<bukan nak kata parents tak mendoakan kita, malah doa yang tak dihijab adalah doa ibu bapa, tetapi tengah mood antara kawan time tuh, hehe>

Ayat dia kata cukup simple… cukup untuk menyampai suatu yang jarang kita lakukan… Doa…

Mafhumnya: Daripada Abu Darda’ r.a: Rasulullah s.a.w telah
bersabda:

"Doa seorang muslim kepada saudaranya yang muslim tanpa diketahui olehnya adalah mustajab, (ketika berdo’a) akan ada didekatnya seorang malaikat muwakkal (pesuruh) setiap ia berdoa untuk saudaranya itu dengan sesuatu kebaikan (malaikat itu) akan  berkata: Amin! Dan bagi engkau kebaikan yang sama".
(Hadis diriwayatkan oleh Muslim)

Dari Salman Al-Farsi r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya Allah mempunyai sifat malu, dan memberi kepada orang yang tidak meminta dengan pemberian yang banyak. Apabila seseorang mengangkat tangannya dihadapan Allah, memohon sesuatu, maka Allah amat malu untuk memulangkan kedua tangan tersebut dengan tangan kosong".
 (HR Tirmizi)

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa mahu supaya doanya dikabulkan ketika dalam keadaan kesempitan atau kesusahan hendaklah dia banyak berdoa ketika dalam kesenangan".
(HR Tirmizi)

Jadi, bila ada kesempatan berdoa lah… tak perlu tunggu solat untuk berdoa, dalam kereta, tengah tunggu kawan atau kelas, ataupun waktu beriadah… tak mengalir pon duit, free of charge… ^^



Sorry sebab tak brapa informative sangat…

Selamat Beramal


JAZAKALLAH KHAIRAN KATHIRA

No comments:

Post a Comment