Bismillah Hirrahman Nirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi atas segala nikmat serta rezekinya...
Apa khabar semua?
Apa khabar Islam...
Apa khabar Iman...
Dah lama tak bernukilan kat sini...
Sahabat Ukhuwah Fillah
Entah la nak kata cerpen or short story cerita nie... erk, cerpen ngan short story sama kan...
Tapi aku ambil dari Twitter Nota Hijrah, so maybe boleh ambil imbalan dan pengajaran dari cerita nie...
*******
Assalamu'alaikum semua :)
Sebab dh lama tak berkongsi cerita, malam ni nak kongsi satu cerita mengenai ukhwah.
Mainan orang sekarang yang popular adalah ukhwah. Setuju atau tak?
Kisah ini mengenai dua sahabat. Si lurus dan si kacamata.
Kisah ini bermula dengan pertemuan di laman sosial. Berjumpalah si lurus dengan si kacamata.
"Assalamu'alaikum sedara. Salam ukhwah fillah. Semoga jadi sahabat ke Syurga ya?" kata si lurus
Si lurus sangat suka menambah kenalan. Katanya mahu belajar agama dengan orang yg lebih ariff.
Setiap yg dikenali mesti dimulakan dengan ucapan "Salam ukhwah fillah" ataupun salam ukhwah kerana Allah
Sesiapa yg nampak arif mengenai agama, mesti si lurus mahu berkenalan. Lagi rancak kalau orang itu popular
Suatu hari, si lurus mengajak si kacamata utk keluar ke masjid untuk mengikuti program agama.
Dalam hati si lurus, "Mesti si kacamata ni pakai jubah, serban, rida'. Hidupkan sunnah. Bangga aku keluar dgn dia nti."
"Semua mesti pandang aku baik sbb keluar dengan orang yg baik. Sukanya! Mesti ramai awek nak jd kan aku imam dia."
Sepanjang hari tu, si lurus banyak mendiamkan diri daripada bercakap dengan si kacamata.
Si lurus hanya mendiamkan diri dan bila dia terlihat kawan dia lalu, terus dia pergi meninggalkan si kacamata.
Pelik, si kacamata berasa sangat hairan sedangkan di laman sosial, sgt petah si lurus ni bercakap. Lalu dia pun bertanya, "Kenapa membisu?"
Katanya dlm hati, "Baik aku lepak ngan kawan jubah ni dr lepak dgn dia. Buat malu aku je."
Tapi hancur harapan si lurus apabila melihat si kacamata hanya berpakaian tshirt dan jeans sahaja. "Kata alim, tp tak hidupkan sunnah."
Ternyata selepas itu si lurus tidak lagi berhubung dengan si kacamata. Walaupun berpuluh chat masuk, namun tiada satu yg dibalas.
Lalu si kacamata menghantar satu msg yg berbunyi, "Wahai saudaraku, aku tahu akan kenapa kau membisu pada hari tu sehingga kini."
"Ini kerana aku berpakaian tidak seperti yang kau jangkakan. Mesti kau fikir aku ni berjubah, beserban sebagainya."
"Kau mesti kecewa tengok aku berpakaian biasa pada haritu kan? Wahai sahabat, adakah ukhwah ni terletak pada pakaian?"
"Kau katakan ukhwah fillah, dan senang kau taburkan ayat itu seakan ukhwah ni satu mainan."
"Adakah ukhwah ni terletak pada fizikal semata? Pakaian semata? Itu semua luaran kan wahai saudara?"
"Kalau ukhwah itu kerana Allah, kau tak akan kisah dengan pakaian aku. Ya, aku hidupkan sunnah, tp aku hanya menguji sejauh mana ukhwah kau"
"Banyak sunnah Rasulillah, tp mengapa hanya dgn berjubah, beserban itu sahaja kau katakan aku tidak hidupkan sunnah?"
"Wahai saudara, jangan permainkan ukhwah ini. Kau kata kekal hingga Syurga, tp manakah kata kata itu?"
"Cuma aku boleh pesan, jangan jadikan ukhwah sebagai mainan. Sebab itu berkaitan dgn perasaan juga. Perasaan berkawan."
"Tidak mengapalah saudara, kau suka akan kawan yg berjubah semua, lalu kau tinggalkan aku seorang diri. Aku maafkan. Jangan risau."
"Kita bertemu kerana Allah, berpisah kerana Allah. Aku redha dan terima kasih saudara. Aku gembira sepanjang ukhwah ni. Salam'alaik"
Terdiam si lurus membaca segala ayat si kacamata tu. Selepas tu, satu demi satu kawan 'ukhwah fillah' si lurus meninggalkan dia.
Kenapa? Sebab si lurus membuat perkara yg sama mcm si kacamata buat pada dia. Menguji sejauh mana keikhlasan mereka berkawan dgn dia.
Baru si lurus sedar, apa yg dia lakukan salah. Lalu dia menghantar msg kepada si kacamata.
"Saudara, baru sekarang aku tahu apa yang kau rasa. Aku pun lakukan perkara yg sama seperti kau lakukan pada aku."
"Ternyata memang ramai yg memperlekehkan ukhwah yg mereka katakan itu. Maafkan aku saudara."
Sepatutnya kita saling membimbing, bukan menghukum. Aku sedar, kau lah sahabat sejati."
"Harap kau mampu maafkan aku. Aku sedar salah aku. Harap kita mampu betulkan balik ukhwah kita."
"Harap kau mampu maafkan aku. Aku sedar salah aku. Harap kita mampu betulkan balik ukhwah kita."
Namun hampa, tiada jawapan dari si kacamata sehingga suatu hari, sedang si lurus sedang membaca Al Quran, ada masuk satu notification.
Gugur jantung si lurus membaca, kerana sahabat dia sudah kembali dijemput Allah. Menangis si lurus. Baru dia sedar, pedihnya kehilangan
Gugur jantung si lurus membaca, kerana sahabat dia sudah kembali dijemput Allah. Menangis si lurus. Baru dia sedar, pedihnya kehilangan
Semenjak dr haritu, si lurus tak putus doa akan si kacamata agar dirahmati Allah selalu. Dia sedar, ukhwah bkn lg mainan
Semenjak dr haritu, si lurus tak putus doa akan si kacamata agar dirahmati Allah selalu. Dia sedar, ukhwah bkn lg mainan
Sahabat, kau lah teman. Nasihat kau akan aku tanam dalam hati.
Semoga dapat dijadikan pengajaran sedikit sebanyak dr kisah ni. Semoga bermanfaat.
Alhamdulillah, syukran sudi membaca. Kalau ada yg nak berkongsi pengajaran pun boleh. Dialu alukan :)
*******
Setakat tuh ja buat hari ni...
Moga kita sama2 dapat mengambil pengajaran dan imbalan dari kisah tersebut...
Terima Kasih Nota Hijrah...
JAZZAKALLAH KHAIRAN KATHIRA
No comments:
Post a Comment