Bismillah Hirrahman Nirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah, kita berjaya melepasi bulan Ramadhan dengan cemerlang dan gemilang...
Macam tu lah permulaan khutbah bagi setiap pagi pertama syawal...
Tapi, apa yang menarik perhatian aku waktu khutbah tersebut, bukan ucapan tahniah....
Yang meragut perhatianku adalah persoalan disebalik samada benarkah kita berjaya???
Sebagaimana seseorang graduan berjaya dari sebuah universiti, mendapat segulung ijazah, begitulah ramadhan...
Selesai sahaja bulan ramadhan, kita seluruh umat Islam berjaya menjalani ibadah puasa.... Bukan sahaja puasa, tetapi juga ibadah2 lain...
Dan ijazah itu digunakan untuk kita mencari kerja, ilmu yang kita dapat dari usaha di universiti itu, dipamerkan dengan usaha kita dalam fasa perkerjaan kelak, begitulah dengan ijazah ramadhan...
Selesai sahaja Ramadhan, ilmu dan amalan serta momentum kita mengelak dari melakukan maksiat demi tidak membatalkan puasa, diteruskan dibulan2 seterusnya...
TETAPI... Adakah kita gunakan ijazah tersebut (ilmu, amal, momentum) untuk kekal dijalan yang diredhai ALLAH, ataupun kita kembali ke cara 'original' kita?
Sedih, amatlah sedih...
Rugi, teramatlah rugi...
Sedih, sadis dan rugi apabila draf amalan pahala naik sepanjang ramadhan, jatuh setelah perginya ramadhan... Lagi sadih kalau draf dosa kita makin naik setelah ramadhan melabuhkan tirainya...
*tapi 'draf' tuh hanya ALLAH Yang Mengetahui
Jujur aku jawab, aku suka dengan 'ahli Ramadhan', eventhough ibadah mereka menjadi maksimun tika Ramadhan tiba, mereka mampu istiqomah sepanjang bulan tersebut n tinggalkan segala maksiat sekali gus, tanpa tinggal slow2...
Tapi, lagi suka, kalau mereka ( serta diriku dan para pembaxa) terus beristiqomah dengan ibadah, bukan sahaja di bulan Ramadhan, tetapi dibulan2 lain juga...
Tapi, huhu, sedih, Ramadhan pergi, begitu jugalah 'kita dibulan Ramadhan' n muncul 'kita yang orginal'...
Mulut yang mampu elak dari berkata2 nista, gosip, mengumpat, kembali kepada 'asal'...
Bibir yang merah bersih sebulan, kembali htam dengan nicotine...
Dan macam2 lagi...
Ya, yang mampu bendung kita dari perkara tersebut, hanya sebab puasa (wajib, sunat, ganti), kerana perkara tersebut akan mengurangkan pahala puasa, sekali gus ada juga membatalkan puasa...
Tetapi, bukan kah perkara yang mengurangkan pahala puasa, juga akan menambahkan dosa sewaktu luar amalan puasa...
Dan bukan kah, certain yang membatalkan puasa, sebenarnya memang hukumnya haram?
*certain, bukan semua
Contoh: mengumpat...
Mengumpat itu bukan sahaja ditegah dibulan Ramadhan, bukan sahaja ditegah sewaktu puasa, tetapi, ditegah sepanjang masa...
Bukankah ada hadith menyatakan bahawa mengumpat itu bersamaan dengan memakan saudara sendiri!
Contoh: merokok...
Merokok menurut ustaz (😥 terlupa nama) sudah mempunyai 400 fatwa mengatakannya haram... Kerana merokok itukan memudaratkan...
Pelik la bila masuk sahaja waktu berbuka, selesai berbuka, pencucuh api dicari, kotak rokok diraba2...
Ahhh pening kepala...
Adakah kita beramal kerana tuntutan agama Islam, kerana ALLAH memerintahkannya...
Ataupun, kita beramal kerana bulan itu bulan Ramadhan, kerana puasa, bukan kerana ALLAH...
Tepuk dada, tanya iman
*sudah berzaman tak guna quote ni
Ya, tepuk dada, tanya iman... Tanya iman sendiri, jangan pertikai iman orang lain...
Jom sama2 kita gunakan ijazah kita hasil Universiti Ramadhan, untuk jadi seorang muslimin/muslimat yang berjaya...
Sebaik2nya, kekal kan momentum untuk jadi mukmin yang berjaya didunia dan akhirat...
Lebih ohsem kalau tingkatkan momentum untuk jadi SUPER-MUSLIMIN atau SUPER-MUSLIMAT atau SUPER-MUKMIN...
Yeah!!! Jom jadi SUPER-MUKMIN!!!
Sebelum mengakhiri nukilan di blog yang entah apa2 nie, yang cheezy lagi chocolatey...
Patik ingin memohon maaf atas segala kesalahan, sebagai seorang sahabat serta penulis andai nukilan ini mengguris perasaan mahupun melukakan hati...
Patik juga ingin memohon maaf atas kerana ada sahabat minta tulis tentang kejadian di Gaza... Jujur ingin menyatakan tidak mampu, sebab ilmu tentang Gaza amatlah kurang, hanya mampu post di insta (itu pon repost)... Kalau nanti tulis, salah info, berdosa pulak... InsyaALLAH, nanti akan cari blogger yang menulis tentang Gaza n akan copy paste...
'Asal' & 'Original' itu cuba disampai adalah secara fitrahnya kita sebagai seorang muslim ataupun non-muslim, kita dilahirkan suci dari sebarang dosa... Tetapi ibu bapa, persekitaranlah yang mencorakkan kita, samada mencantikkan kita ataupun merosakkan kita... Keadaan asal kita adalah suci dan bersih...
Taqabballahu minna wa minkum
Semoga ALLAH menerima amalan mu dan amalan ku
Assalamualikum...
Jazakallah Khairan Khatira...
No comments:
Post a Comment