Dulu waktu sekolah, aku join Kelab Pembimbing Rakan Sebaya, PRS for shorts.
Bimbing la sangat, diri sendiri pon kecundang.
Haha...
Tapi seniors yang join tuh, memang mantap.
Memang golong terbimbing dan membimbing.
Memang jumpa, kasi salute punya.
Yelah salute, sebab diorang masuk Kadet Polis sekali
<eh kaitan>
Nak dijadikan cerita.
Aku tengah down.
Maybe sebab attitude dan sikap kawan.
Maybe... Tak pasti...
Yang pasti aku ada problem...
So aku seperti kanak-kanak mentah lain, mengadu la kat super senior.
Setelah sekian lama aku berceloteh.
Abg Sr bawak keluar satu kertas.
Kertas A4 putih.
Mula-mula dia tanya, apa yang aku nampak.
Jadi, apa korang nampak?
Opkoz aku jawab kertas putih.
Lepas tuh, dia ambil balik kertas tuh.
Dia conteng.
Apa korang nampak.
Aku jawab tompok hitam.
Dia tengok aku.
Senyum.
Pastuh dia ambil satu lagi kertas A4.
Kertas A4 putih.
Dia tunjuk lagi dekat aku, tanya aku apa aku nampak.
Jawapan normal, kertas putih.
Kemudian dia conteng lagi.
Kali ini, dengan marker berwarna dan highlighter.
Dan dia tanya aku lagi.
Apa yang aku nampak.
Aku kata aku nampak tompok warna-warni.
Lepas tuh, dia ambil lagi satu kertas A4 putih.
Dia letak tiga-tiga depan aku.
Tanya aku, apa aku nampak.
Aku jawab sambil menuding jari.
Kertas A4 putih
Tompok hitam
Tompok warna-warni.
Dia senyum lagi.
Lalu dia cakap.
"Adik nampak tak apa adik cakap. Adik nampak tak apa abang cuba sampaikan?"
Aku geleng, sebab memang aku tak faham.
Abg Sr senyum lagi.
"Sebab kertas A4 nie dah ada tompok hitam, adik nampak tompok hitam ja, yang putih adik dah tak nampak. Sama la macam hidup kita, hidup kita nie bagaikan kain putih. Kita yang mencoraknya. Kenapa kalau kawan adik buat jahat, adik nampak dia jahat sahaja, sedangkan, banyak lagi benda baik dia buat. Tengok, kan putih tuh banyak lagi dari tompok hitam. Sama la dengan tompok warna warni. Jangan adik nampak keindahan seseorang itu sahaja dan lupakan benda lain yang dibuat. Mungkin tersembunyi tompok-tompok hitam" cakap Abg Sr dengan tunjuk kertas-kertas tersebut.
End of Story
Faham tak?
Or
Tak faham?
Pernah tak dengar peribahasa/pepatah melayu
"hilang kemarau setahun oleh hujan sehati"
Kadang kerana suatu kejahatan or kesilapan, kebaikan seseorang boleh lenyap begitu sahaja.
Konklusi???
Don't judge a book by its cover or its thinkness.
You can discover more by reading the pages than looking at it, externally.
Jazzakalah Khairan Kathira
No comments:
Post a Comment