ASSALAMUALAIKUM WARRAHMATULLAH HIWABARAKATUH
SELAMAT SEJAHTERA
Pada Jumaat lalu, Badan Eksekutif Surau Dan Tarbiyah (BEST) Kolej Tun Dr Ismail (KTDI) telah menganjurkan sebuah Kuliah ringkas, ataupun tazkirah umum yang diberikan oleh Ustaz SYed Norhisham...
Tazkirah itu hanya berlangsung selama sejam, dari pukul 12pm-1pm, kerana ia dilaksanakan pada hari Jumaat, dan muslimin perlu solat Jummat...
tazkirah ini berlangsung dengan kerjasama antara BEST KTDI dengan Pusat Pungutan Zakat...
ini serba ringkas inti pati tazkirah ustaz tersebut
Intipati Ceramah Ustaz Syed Norhisyam
1.
Kehebatan Pelajar Perubatan dan Doktor
Pada suatu hari, seorang guru jatuh sakit. Seorang ustaz
telah menasihati beliau ketika datang menziarahi guru tersebut. Uztaz tersebut
telah memberi habbatus sauda.
Sabda Rasulullah SAW
“gunakanlah Habbatussauda, sesungguhnya di dalamnya terdapat
ubat segala macam penyakit kecuali kematian”
Hadis riwayat Bukhari
dan Muslim
Setelah beberapa hari berlalu, guru tersebut masih sakit dan
ustaz kembali menziarahinya. Setelah tiba ke rumah guru tersebut, ustaz itu
terkejut melihat ubat habbatus sauda yang diberinya, masih kemas tersimpan,
tidak berkurang dan masih tidak sentuh.
Guru itu kemudian berhajat untuk menjumpai seorang doctor.
Setelah selesai pemeriksaan oleh doctor dan guru itu mahu beransur pulang,
doctor tersebut berbicara dengan guru tersebut.
“ cikgu ada pernah dengan nama habbatus sauda. Ubat ini baik
untuk kesihatan selain daripada ubat-ubat hospital. Kalau cikgu makan,
insyaALLAH, cikgu akan sihat”
Pulang sahaja guru tersebut kerumah, dia memakan ubat
habbatus sauda tersebut. Ustaz itu terkejut dengan perubahan dan tindakan guru
tersebut. Nasihat seorang doctor lebih didengari daripada seorang ustaz.
Pengajaran dari kisah ini, pelajar perubatan dan doctor
merupakan salah satu wasilah untuk berdakwah. Kita bukan sahaja boleh cuba
menyembuh jasadiah, tetapi juga kita juga boleh menyembuh rohani seorang
pesakit. Andaikan kata, seorang pelajar perubatan ataupun doctor cuba
menasihati seorang pesakit, dengan memberi secangkir doa. Bukan setakat pesakit
itu akan manfaatkan dari doa tersebut, malah masyarakat sekeliling.
Kita seringkali berpikiran bawasa hanya tugas seorang ustaz
atau ustazah sahaja berperanan merawat rohani seseorang manakala tugas seorang
doktor merawat jasad. Ini merupakan salah sekali.
Andaikata, kita sebagai
seorang doctor mampu menyentuh rohani seorang pesakit, sejurus sahaja pesakit
keluar dari bilik rawatan, separuh daripada sakitnya sudah sembuh, begitu juga
dengan rohaninya. Kita dapat juga lihat, andai kita menjadi doctor muslim, kita
juga bukan sahaja dapat merawat jasad seorang pesakit, tetapi minda, hati serta
rohaninya.
2.
Tale of Two Teachers
Sheikh A merupakan seorang guru sangat menepati masa. Jika
kuliah jam 9.00 pagi, maka pada jam 8.55 pagi la beliau akan tiba. Jika
kuliahnya jam 2.00 petang, maka pada jam 1.55 petang beliau akan tiba. Dan
tepat pada jam kuliah beliau bermula, beliau akan menguncikan pintu dewan
kuliahnya. Jika mana-mana pelajarnya lambat, maka tidak dapatlah mengikuti
kuliah beliau. Sheikh A sangat menuntut agar masa terjaga.
Sheikh B pula, juga menepati masa sepertimana Sheikh A, jika
kuliahnya pada jam 9.00 pagi, maka pada jam 8.55 pagi beliau akan tiba. Tetapi
berbeza dengan Sheikh A, Sheikh B tidak mengunci pintu dewan kuliahnya. Beliau
akan menyambut pelajarnya walaupun mereka lambat. Ini kerana, Sheikh B
berpendapatan bahawa kemungkinan pelajarnya menghadapi kesusahan seperti kereta
rosak sebelum datangnya kek kuliahnya. Sheikh B juga berpendapat bahawa lebih
baik dapat sesuatu walaupun sedikit daripada tiada langsung.
Pengajaran yang dapat dikupas dari kisah Sheikh A ini
adalah, masa itu sangat penting, bak kata pepatah melayu, Masa Itu Emas. Masa
adalah suatu perkara yang apabila sudah hilang, tidak dapat diganti semula. Selain
itu, andai kita membazir masa, terutama dari segi berkerja mahupun kuliah,
bukan masa kita sahaja kita bazirkan, malah jua masa orang lain.
Selain dari, pengajaran yang dapat kita kupaskan dari kisah
Sheikh B adalah, walaupun kita terlambat, tidak salah untuk kita teruskan
perjuangan itu juga. Lebih baik mendapat sesuatu daripada tiada langsung. Bak
pepatah orang barat, Better Late Than Never. Tapi, sebaik-baiknya, jangan lah
melambatkan sesuatu pekerjaan.
3.
Mukjizat terakhir
Mukjizat berarti sesuatu yang luar biasa yang terjadi dalam
diri nabi atau rasul Allah SWT. Mukjizat bertujuan untuk membuktikan kenabian
atau kerasulan seorang nabi atau rasul Allah SWT yang tidak dapat ditiru oleh
siapapun dan untuk melemahkan segala macam usaha dan alasan orang kafir dan
menentang islam, dan menyeru kepada umat agar percaya akan keesaan Allah. Antara
mukjizat kita seringkali dengar adalah bahtera nabi Nuh, tongkat Nabi Musa yang
bertukar menjadi ular dan mukjizat yang terakhir adalah al-Quran .
Berbanding mukjizat Nabi Musa, Nabi Nuh dan Nabi lain-lain,
hanya mukjizat Rasulullah SAW sahaja masih kekal sehingga hari kiamat, manakala
mukjizat Nabi sebelum Rasulullah hanya didengari dalam sirah.
Mukjizat pada al-quran adalah pada ayat-ayat sucinya. Dalam
ayat-ayat suci ini juga terdapat beberapa ilmu perubatan contohnya ilmu tentang
kulit, receptor sakit serta ilmu tentang janin.
Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat
keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali
kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya
mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah
Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(An-Nisaa' 4:56)
Pada ayat ini dijelaskan bahawa setelah selapisan kulit yang
terbakar, akan ditumbuh semula.
“Dia telah menciptakan manusia dari mani, tiba-tiba ia
menjadi pembantah yang nyata.”
(An’Nahl 16:4)
Pada ayat ini dijelaskan bahwa Allah menciptakan manusia
dari nuthfah yang terkenal dalam dunia kedoktoran dengan istilah spermatozoon
yang terdapat pada dirinya dan ovum yang terdapat pada wanita.
Dari ayat-ayat suci ini, dengan hanya secangkir ayat, dapat
membuka mata, minda serta hati akan kebenaran Al-Quran dan Islam. Dan dari
secangkir ayat-ayat suci Al-Quran juga dapat mengembali setiap insan kepada
fitrahnya, yakni Islam.
read more at
http://www.arrahmah.com/read/2012/02/24/18340-prof-tajaten-masuk-islam-setelah-membaca-artikel-tentang-kebenaran-al-quran-pada-kulit.html
JAZAKALLAH KHAIRAN KATHIRA
No comments:
Post a Comment