Sunday, August 28, 2011

~SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA ALDILFITRI DAN SYAWAL~

Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh....
 Bismillahirahrahmanirrahim..... Selawat dan Salam buat RASULULLAH SAW pemberi rahmat seluruh alam....

haha.... well as u all know, raya is only around the corner, just a stone throw away & macam2 lg....

 I like to take this opportunity to say Selamat Menyambut Hari Raya Aldilfitri dan Maaf Zahir dan Batin.... mahu memohon sekira sepanjang pengenalan eden da buat salah & silap serta jika tersalah & terkasar bicara.... Selamat Menyambut Kedatangan Syawal jugak......

SLMT HARI RAYA

Thursday, August 25, 2011

Kuih Raya n Ice Cream.... Erk Stomach Ache

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Muahahaha..... eh silap2..... Silap intr0.... haha

Selamat Berpuasa sahabat2 sekalian.... dah masuk hari ke 25 kita posa, lgi 4 hari lg, dh nk raya.... skrg juga dlm fasa terakhir Ramadhan, yakni, mlm yg slalu umat Islam tggu, malam Lailatuh Qadar... Amacam dgn pemburuan kita mengejar ganjaran pahala ALLAH....

Hehe... semalam, mak ak buat kuih raya.... hehe... kalu x, ak akn 'tolong' mak ak buat, hehe, tolong la sgt.... tp memandangkan ak sakit per0t <start sakit 19 Ramadhan>, ak xdpt la menolong, melainkan tolong tgk.... hehe....

Setelah hampir 3 jam bertungkus lumus buat 2 kuih, 1 kuih bentuk bunga dgn badam kat tgh n 1 g, kuih bentuk bunga gak, tp da chocolate chip kat tgh... dlm duk tgk2 tuh, ak tlg la gak, tlg buh badam n coklat chip jer....

sowi gambaq xwapa cantik

Friday, August 19, 2011

MERCUN OH MERCUN


KOTA BHARU 8 Ogos - Seorang pelajar yang bakal menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Oktober ini putus salah satu saluran darah di tangan kirinya selepas mercun bola yang dipasang remaja itu meletup sebelum sempat dibaling.
Dalam kejadian pukul 10 malam tadi, Nik Shazreen Nik Zaulaimi, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kok Lanas di sini mengalami kecederaan itu selepas terkena serpihan mercun.
Bapanya, Nik Zulaimi Mat Salleh, 45, ketika kejadian dia sedang minum di rumah selepas pulang menunaikan solat tarawih.
"Pada masa itu, anak saya sedang bermain mercun bersama beberapa rakannya di padang permainan kira-kira 50 meter dari rumah kami di Taman Anggerik, Kok Lanas.
"Tiba-tiba, anak saya pulang ke rumah dengan tangan kirinya berlumuran darah dan memberitahu tangannya terkena serpihan mercun bola yang dipasang.
"Katanya, mercun itu meletup terlalu cepat kerana sumbunya pendek sehingga tidak sempat dibaling jauh," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Melihat keadaan kecederaan yang dialami, Nik Zulaimi segera menghantar anaknya ke Klinik Pulai Chondong sebelum dirujuk ke Hospital Machang.
Bagaimanapun, kecederaan anak kedua daripada lima adik beradik itu serius menyebabkan dia terpaksa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini untuk mendapat rawatan lanjut.
"Saya pernah melarangnya bermain mercun sebelum ini tetapi tidak diendahkan, selepas apa yang berlaku, saya pasti dia sudah serik," katanya.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam HRPZ II, Zaid Ahmad berkata, mangsa dirujuk ke hospital kira-kira pukul 12.42 malam tadi sebelum menjalani pembedahan kira-kira pukul 9.30 pagi ini.

Thursday, August 18, 2011

SIAPA AKU & NIAT BUAT BLOG


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahirrahmanirrahim, selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w pembawa rahmat sekalian alam..

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan, Selamat Menjalani ibadah berpuasa serta solat terawih dan witir. Sekarang nie, kita dah melepasi fasa pertama, dalam fasa kedua dan dalam beberapa hari lagi akan masuk fasa ketiga dalam bulan Ramadhan. Saya harap setakat ini, para pembaca puasa penuh dan belom meninggalkan solat sunat terawih. Walaupun sunat, ini mungkin Ramadhan terakhir kita, jadi bila lg nk cekup peluang utk mendapat pahala berlipat ganda ini....

Okey, jikalau korang baca entry kat atas, korang akn nampak tajuk “SIAPA AKU” dan “NIAT BUAT BLOG”. Okey, first of all, mintak maap yerk kepada sesiapa yang jenis pro Bm dan pr Bi, saya nie pro Br a.k.a Bahasa Rojak. Ribuaan kemaafan yerk.  Nama saya as you see at url kat atas, Faiz Nasron, most of u all mesti akan pikir nama penuh saya Muhammad Faiz Nasron Bin ****, tp actually bukan. Saya kata camtuh koz dari kechik sampai dah besaq dah, everybody always assume like such, tp nma sebenaq saya adalah Muhammad Faiz Bin Nasron. Some of my frens kept calling me Faiz, and for unknown reason y, baru2 nie depa dok panggil Faiz Nasron. Xtaw knapa malas nak amek taw. From the words such kechik, besaq n sebenaq, u all can concluded that I’m from area2 utara Malaysia. Yes, u are right. Saya duk Kedah, for more information bleyh tengok kat profile saya.

Wednesday, August 17, 2011

SELAMAT MENYAMBUT NUZUL QURAN



Sejarah al-Quran

Antara  peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran.

firman Allah yang bermaksud

Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185) 

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan , bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw.

Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman. 

Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Bismillahirrahmanirrahim, selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w pembawa rahmat sekalian alam..

Salam perkenalan kepada semua blogger serta sahabat dan bakal2 pembaca blog ini... Saya masih baru dalam dunia blog ini... InsyaALLAH, dalam masa akan datang, saya akan post dalam blog saya ini.... Moga-moga kita yakni para pembaca dan saya sendiri, dapat bersama-sama manfaat daripada blog saya ini..... InsyaALLAH.... Moga ALLAH memberkati niat saya membuat blog ini....

Selamat menjalani bulan Ramadhan Al-Mubarakh dan Selamat melaksanakan ibadah di bulan mulia ini....