KOTA BHARU 8 Ogos - Seorang pelajar yang bakal menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Oktober ini putus salah satu saluran darah di tangan kirinya selepas mercun bola yang dipasang remaja itu meletup sebelum sempat dibaling.
Dalam kejadian pukul 10 malam tadi, Nik Shazreen Nik Zaulaimi, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kok Lanas di sini mengalami kecederaan itu selepas terkena serpihan mercun.
Bapanya, Nik Zulaimi Mat Salleh, 45, ketika kejadian dia sedang minum di rumah selepas pulang menunaikan solat tarawih.
"Pada masa itu, anak saya sedang bermain mercun bersama beberapa rakannya di padang permainan kira-kira 50 meter dari rumah kami di Taman Anggerik, Kok Lanas.
"Tiba-tiba, anak saya pulang ke rumah dengan tangan kirinya berlumuran darah dan memberitahu tangannya terkena serpihan mercun bola yang dipasang.
"Katanya, mercun itu meletup terlalu cepat kerana sumbunya pendek sehingga tidak sempat dibaling jauh," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Melihat keadaan kecederaan yang dialami, Nik Zulaimi segera menghantar anaknya ke Klinik Pulai Chondong sebelum dirujuk ke Hospital Machang.
Bagaimanapun, kecederaan anak kedua daripada lima adik beradik itu serius menyebabkan dia terpaksa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini untuk mendapat rawatan lanjut.
"Saya pernah melarangnya bermain mercun sebelum ini tetapi tidak diendahkan, selepas apa yang berlaku, saya pasti dia sudah serik," katanya.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam HRPZ II, Zaid Ahmad berkata, mangsa dirujuk ke hospital kira-kira pukul 12.42 malam tadi sebelum menjalani pembedahan kira-kira pukul 9.30 pagi ini.
Petikan berita diatas diambil dari laman web
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0809&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_06.htm
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0809&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_06.htm
Mercun oh mercun. Apa ya yg syok sangat orang dok maen mercun nieh... hairan betul aku... seriousely, tolong la gitaw aku, apa yang syok sangat... tambah2 mercun yang jenis ultimate punya bahaya a.k.a mercun bola, ketupat and etc... aku etc coz aku xtaw sangat jenis2 mercun nieh. Dah la boleyh membahayakan, tak amek kira lagi mengganggu jemaah yang sdang solat terawih. Xpasal tersasul ataw melatah tok imam, xlupa juga terlupa rakaat.... eh jangan gelak, jadi taw...
Hurm.... Hurm... kejap...kejap... KEJAP....!!!
Apa kata dari kita dok maen mercun nieh, cuba kita selidik sedikit sejarah mercun nieh....
Sejarah mercun....
Actually, mercun merupakan ejenis perkakas letupan kecil yang direka terutamanya untuk menghasilkan bunyi bising yang amat kuat, terutamanya dalam bentuk dentuman kuat; apa-apa kesan visual turut bersampingan dengan tujuan ini. Mercun mempunyai sumbu dan dibalut dengan longsongan kertas yang sangat tebal agar dapat menampung letupan besar. Mercun, serta bunga api kini dipercayai berasal dari China. Might i repeat myself, CHINA...
So, tumpang dek nk tanya.... benda nieh sah2 sangat bukan budaya Malaysia, tapi budaya negara tembok besar.... so, knapa kita perlu pergi ceduk budaya tersebut.... yelah taw la, budaya ketimuran, kita kan timur, so it’s not actually kita ceduk dari negara China tp memang budaya kita... tapi cuba kita lihat pula fungsi mercun nieh.....
Mercun dan fungsinya
MERCUN secara umumnya digunakan semasa pesta ataupun perayaan seperti Tahun Baru Cina. Mercun juga digunakan masyarakat Vietnam semasa pesta Tet terutama pada tengah malam Giao Thua a.k.a Malam Tahun Baru.
Mercun dipercayai kononnya boleh menghalau semangat jahat serta menarik dewa kekayaan ke pintu rumah. Uih, kerpercayaan apa kah ini... tengok, dah sah2 da kepercayaan tahyul nie....
Mercun dipercayai kononnya boleh menghalau semangat jahat serta menarik dewa kekayaan ke pintu rumah. Uih, kerpercayaan apa kah ini... tengok, dah sah2 da kepercayaan tahyul nie....
Tapi... mesti da tapi kan....
Di Malaysia ia sudah menjadi sebahagian permainan yang dimain oleh umat Islam yakni dimainkan ataw lebih tepat, diletupkan pada bulan puasa a.k.a bulan Ramadhan, Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, Hari Kemerdekaan dan apa2 jenis sambutan jenis mega....
Tengok, kita maen/letup mercun pada bulan mulia serta di musim perayaan... tp perayaan Islam.... mari tengok pula mercun nie o.k atau k.o dalam Islam...
Mercun dan Islam....
Islam tidak melarang permainan mercun, mercun boleh digunakan pada celebration tertentu yang dikawal rapi aspek keselamatannya serta dimainkan di kawasan yang tidak mengganggu orang awam.
Namun, bagaimana pula dengan kes membabitkan orang awam.
Rasulullah SAW adalah model dan contoh terbaik. Baginda sentiasa mengambil berat akhlak kanak-kanak. Baginda juga tidak menghalang kanak-kanak bermain dan memiliki alat permainan. Dalam sudut sekarang, kita nampak mercun nie adalah permainan....
Kanak-kanak sinonim dengan permainan. Menghalang mereka bermain boleh melambatkan proses kecerdasan mereka.
Bagaimanapun, permainan yang dibenarkan Nabi SAW terbatas kepada beberapa kaedah hukum tersendiri. Ia berkait rapat dengan halal dan haram alat permainan. Jika baik dan tidak memudaratkan, ia dihalalkan Nabi SAW. I repeat myself, JIKA BAIK TIDAK MEMUDARATKAN.
Hurm, mercun nie, a.k.a mainan nie, memudaratkan tak??? Baik ka??? Acap kali setiap Ramadan pada setiap tahun, pasti ada mangsa baru mercun. Berapa ramai kanak-kanak yang putus jari, buta mata dan ada juga MATI disebabkan mercun bertindak sebagai bom secara tidak langsung. Yes, you read it right, MATI ataw senang nak paham, DIED.
KESIAN ADEK NIEH |
ERR MENAKUTKAN |
Dalam Islam bahawa sebarang perkara yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan orang lain adalah satu dosa serta diharamkan.
Firman Allah yang bermaksud:
“Dan belanjakanlah (harta benda kamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.” (Surah al-Baqarah, ayat 195)
Itu baru aspek diri, belum tengok lagi aspek sosial... Hak sesama jiran juga perlu jaga. Kalau ada jiran yang sakit dan uzur ataw ada anak kecil sedang tidur di rumah. Tindakan bermain mercun sudah pasti menjadi satu gangguan... cuba anda berada di situasi tersebut, mesti anda bengangkan. Jangan lupa yang kat surau, cuba dok semayang, tiba-tiba, KABABOOM, ‘oh kau meletup’, arghh sudah, melatah dah imam....
Mercun yang mengganggu ketenteraman jiran menunjukkan nilai kejiranan sudah terhakis, sekali gus berlawanan dengan sabda Rasul yang melarang kita menyakiti jiran sekeliling.
Diriwayatkan Bukhari, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya.”
Tidak lupa gak, bukankah membeli mercun ini boleh disamakan dengan membakar ataw menghanguskan duit seniri. PEMBAZIRAN. Ia dikira satu pembaziran juga kerana wang yang digunakan dikira dibakar begitu sahaja untuk menikmati letupan yang tiada tentu arahnya.
Allah s.w.t mengurniakan kita harta untuk dibelajkan sebaiknya dan bukan untuk mengikut hawa nafsu atas alasan kemeriahan lalu membeli pelbagai jenis mercun.
Islam inginkan kita menjadi orang yang mampu mengurus kewangan dengan bijak di bulan Ramadhan. Malah inginkan kita memperbanyakkan sedeqah terutama di akhir Ramadhan. Bukannya membeli mercun yang haram hukumnya.
Islam bukan agama yang menghalang penganutnya berseronok TAPI Islam meraikan kehidupan manusia. What the use of having fun in celebrating an occasion if it angers or disturbing other people and not forgetting in the process of getting hurt themselve.
So, dalam erti kata laen, jangan la maen mercun, kalu nak maen pon, maen je mercun pop ataw mercun bawang, yang tuh lebih selamat...
Ataw lebih senang, bak Imam surau aku pernah berkata, “adek2 jangan la maen mercun sekitar surau, balik rumah, maen dalam rumah, kan seronok...”
Haha, terbaek la Imam....
Segala maklumat berkenaan mercun dan sebagainya diambil dari laman web tersebut:
No comments:
Post a Comment