Sunday, January 15, 2012

~MARAH!!!~

Dengan Nama ALLAH, Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

ASSALAMU ALAIKUM WA RAHMATULLAH

Wahai sahabat-sahabat, apa khabar semua. insyaALLAH semua sihat sejahtera, bukan sahaja dari segi jasmani tetapi juga rohani. Tapi kalau tak sihat, doa2 lah agar ALLAH menyembuh sahabat sekalian, amin. Wah, dah agak lama aku tak buat post baru, hehe, bukan apa, malas, stress dan buzy sangat.
              
Well, dah alang2 aku nak blogging, aku ingat nak menulis satu karya, tetapi, tetiba hilang ilham. Tapi ilham datang balik bila aku ‘muhasabah’ diri dan imbas kembali beberapa aktivit minggu yang lalu, last2 aku teringat, aku da marah kat seorang akhi nie. Aku cuba lawan perasan tersbut, tetapi last2 prsan sedeyh pula yang datang. Akhirnya, aku menangis dek perasan sedeyh dan marah yang bergolak dalam hati.

Berbalik kepada soal marah ini, aku ada terbaca satu hadith…

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya “Tidak ada keberanian yang paling disukai oleh Allah S.W.T selain dari keberanian hamba menahan kemarahan. Tidaklah seorang hamba itu menahan kemarahannya melainkan Allah S.W.T. akan mengisi dadanya dengan keimanan.”
Riwayat Ibn Abi Dunya…

Terbaca sahaja hadith nie, aku pon tersenyum lah… bukan sebab pa, aku dapat satu ilmu hari tersebut. Akibat ilmu yang kurang di dada atas kejahilan diri seniri, aku pon cuba la mencari huraian skit tentang hadith tersebut…

Beginilah huraiannya….

1)Menahan perasaan marah, memaafkan kesalahan orang lain dan berlaku ihsan adalah antara sifat yang mesti dipupuk dalam diri setiap manusia kerana ia boleh menambahkan keimanan. Tambahan pula, sifat2 tersebut adalah sifat mahmudah…
                                                                                                                  
2) Marah umumnya menunjukkan sifat seorang yang lemah kerana gagal mengawal emosinya sendiri. Ia merupakan tabiat yang sukar dihapuskan. Apabila marah, kedua mata menjadi merah, urat leher pula kelihatan timbul. Oleh itu Rasulullah mengatakan bahawa kemarahan itu adalah bara api di dalam hati anak Adam dan ia datangnya daripada syaitan yang dijadikan daripada api di mana api hanya dapat dipadamkan dengan air. Maka Rasulullah s.a.w menasihatkan apabila marah, hendaklah seseorang itu berwudhuk. Oleh itu, kalau tetiba rasa marah tuh, terus la ambil wudhuk….

3) Imam al-Ghazali pula berkata:” Kemarahan manusia itu bermacam-macam- macam. Setengahnya cepat marah tetapi cepat tenang. Setengahnya pula lambat marah dan lambat pula tenang dan setengah yang lain pula, lambat marah tetapi cepat tenang. Maka yang ketiga inilah yang paling terpuji.” Sahabat2 skalian, yang mana satu…??

4) Tidak semua kemarahan itu dilarang oleh Islam. Marah perlu ada terhadap perkara yang tidak disukai yang menyalahi kebenaran sebagaimana yang diajarkan oleh agama atau perkara yang terang-terang dilarang agama di mana kita dilarang mendiamkan diri jika kehormatan peribadi dan agama dihinakan

Itulah sedikit sebanyak yang aku dapat kongsi bersama sahabat2 skalian. insyaALLAH kita dapat sedikit pengajaran dari hadith tersebut. Ingat, kalu rasa marah, cepat2 la ambil wudhuk.hehe… dan, cuba lah untuk kawal emosi…

Itulah setakat ini, harap dapat beramal dengan ilmu yang aku share hari ini….

ANGRY!!!

No comments:

Post a Comment