Friday, April 19, 2013

~Rehlah : Mencari Nikmat Ilahi~



 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Best Wishes Upon You, And Blessing Upon You and Barakah ALLAH upon you

...Apa Khabar Islam...
...Apa Khabar Iman...
...Apa Khabar Hati...
...Apa Khabar Taqwa...

Apa Khabar & Apa Khabar…

Sihat walafiat kah???

Sakit kah???


Ahamdulillah, hari ini dapat berrehlah bersama sahabat-sahabat di Sungai Gabai… idea yang pada mulanya dicetuskan oleh Aiman Hashim di laman muka buku semalam, tetapi…

(-.-‘) dia sendiri tak confident rehlah nie akan jadi… (-,-‘)

Dan aku pulak sendiri tak confirm jadi nak join jugak


Last-last angkat kaki pergi jugak…

Pada awalnya, janji nak berkumpul jam 9.00 pagi tetapi bergerak 10.30, sebab sahabat-sahabat aku yang kaki planner tak pasti nak menuju kearah mana, samada Sungai Sedat atau pun Sungai Tekala… mula-mula, aiman kata 5 orang ja yang jadi pergi, jadi naik 1 kereta ja, kalau campur diriku ni, jadi 6… so, aku tarik la diri, sebab tak muat kereta, aku kan dah mula gemuk <semua kata camtuh>… 10 minit kemudian, dia call, kata jadi 2 kereta sebab ada tambahan orang kepada 11 orang… maka berkonvoi la kami semua…  Zulhilmi, Aiman, Hafiz, Malek, Fahimi, Alif naik kereta Zul dan Daus, Che Wan, Aku, Zuhair Luqman naik kereta Daus… kalau nak diikutkan hati, nak ja naik moto, cuba provoke Luqman, huhu, provokasi tak berhasil… so naik la kereta…

Sepanjang perjalanan, comel tengok interaksi antara Daus, Che Wan, Luqman dan Zuhair… senyum ja aku mampu, nak menyelah, aku tak reti nak sembang sangat… Comel dan Cute… tetapi dalam benak hati sanubari, ada sesuatu bergolak mencari jawapan…

Tudia, jauh gila Sungai Gabai dari Kolej, ingatkan dekat, nasib baik tak pergi naik moto…. Kalau tak, memang cramp la punggung… jalan macam ketam la gamaknya…

Sampai sahaja dekat tempat destinasi, aku memang jaw drop… <sebab aku first time datang> cantik sungguh ciptaan Ilahi… indah seindah ciptaan… air terjun yang sangat magnificent yang dihiasi dengan alam flora yang menghijau, menenangkan mata yang memandang… sungguh diriku terpesona…

And again, aku jaw drop… tingginya anak tangga nak panjat <tapi tak la setinggi Batu Caves>… kesian dekat Daus nak kena berpaut dekat tangan Che Wan… Daus sakit kaki, jalan pun macam mat tempang… tapi sweet sangat tengok… ukhuwah yang rapat… amat aku iri hati tengok depa, talian ukhuwah yang indah lagi kukuh…. Akhirnya, berjaya Daus dan Che Wan ke atas dengan keadaan Daus yang berpeluh… peluh tuh hilang gak lompat masuk sungai <duk sakit2 kaki boleh gak lompat -.-‘ >

Seronok berrehlah bersama mereka, bermain dalam air… aku tak main sangat, mostly duduk disisi, tepian batu yang gah berdiri, melihat kanak-kanak riang bersuka ria…hehe… mana tidaknya, sebelum pergi, mak dan ayah dah berpesan jangan gila-gila sangat… so, faham-faham jelah kalau kanak-kanak riang jumpa air… kalah angsa dan itik yang tak berenang sebulan…

Aku berenang sekejap dan kemudian aku duduk melihat dari batu yang paling besar dan gah berdiri… sudah lama aku tak bersuka ria bersama mereka… kali terakhir waktu 1st year, pergi Times Square tengok real steel… selepas tuh, aku berhenti ikut, sebab hal peribadi…

Dari atas aku melihat mereka bersuka ria, berenang suka hati, percik air kesana kemari… dan terus aku pandang dari satu muka ke satu muka sahabat-sahabat aku… aku jenis tak suka keluar beramai-ramai, sebab aku bukan jenis social sangat… tetapi masuk university, kanak-kanak riang inilah yang banyak merubahku, terutama roommate aku dan mereka… kalau tidak kepada mereka, aku mesti sering kali bersendirian <aku masih bersendirian setiap masa actually>

Mereka antara nikmat tak terhingga yang aku ALLAH kurniakan kepadaku… tetapi adakah aku bersyukur dengan nikmat kurniaannya… Nikmat, berulang kali perkataan ini berulang…

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan
Surah ar rahman 13

Berulang kali bait-bait surah tersebut berlagu didalam benak hatiku… memang melimpah ruah nikmat yang ALLAH Taala kurniakan kepada hamba ALLAH yang lemah ini, tetapi, bersyukurkah aku… dan sudah beberapa nikmat telah ALLAH tarik kembali, mengapa hambaMU yang lemah ini kian tidak bersyukur akan nikmat yang masih tergapai?

Astagfirullah Hal Azim

Aku terus melihat… sungguh, moment yang aku rasa kan waktu itu juga merupakan salah satu nikmat… bersyukurkah aku… aku kian terduduk… menghembus nafas… insafkah aku dengan kesedaran yang datang mengetuk pintu rohani…

Kesedaran itu ada, tetapi mengapa tindakan itu tiada…

Aku biarkan persoalan tergantung apabila sahabat menegur aku untuk terjun bersama… what fun in coming in if you’re not having any fun…

Maka, aku pun bersama la terjun… kalau tak, memang kena tolak… tapi malangnya…

Aiman dengan muka devilish cuba perangkap aku untuk melakukan sesuatu… tapi, aiman nie, tak pandai sikit, kalau ya pon nak prank orang, jangan sampai aku boleh dengar… dan aku tunggu apa lagi, cabut la…

Aku tetap main sikit sahaja walaupun diajak, paling tidak pon aku cuba terjun dari tempat tinggi dan cuba selam di tempat yang agak dalam… <mak ayah aku taw, for sure memang tak leh keluar dah lepas nie> … seronok… amat seronok…

Scary ada gak… who knew, Aiman, Luqman dan Zulhilmi boleh buat bunyi cam devil… memang sebijik… boleh dapat Grammy Awards… kalau  dengar waktu malam, for sure aku orang yang pertama pengsan <dasar budak penakut hantu>… kalau da watak hantu/devil dalam sketsa mana-mana, aku suruh depa la jadik..kih3 <now I cry like a devil>

All in all, I really had fun, eventhough theres a few remarks from Luqman and Aiman that hurts me, but they are my friends… and it was nice of them to ask me to join them… plus, I get to spend time and have fun with them, something, that I have been lack this past few month <yelah, kan kerja berkurung dalam bilik ja>

…Thanks…
Zulhilmi, Aiman, Hafiz, Malek, Fahimi, Alif, Daus, Che Wan, Zuhair Luqman

Nikmat Ilahi Ukhwah Sejati

Pictures of Kanak-Kanak Riang

































No comments:

Post a Comment