بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
In the name of Allah, Most
Gracious, Most Merciful
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Best Wishes Upon You, And
Blessing Upon You and Barakah ALLAH upon you
...Apa Khabar Islam...
...Apa Khabar Iman...
...Apa Khabar Hati...
...Apa Khabar Taqwa...
Apa Khabar & Apa Khabar…
Sihat walafiat kah???
Sakit kah???
Hurmmm… cuti mid semester dah
nak habis… esok dah mula dah kuliah… lecture note CNS memang tak khatam lagi… rugi… memang rugi cuti tidak manfaat
sebaiknya… duduk rumah ja 3 hari, pastuh balik kolej semata-mata nak tangkap
mood study… tapi punah, lecture 1 dan 2 ja boleh hadam, yang lain, kelaut….
Usrah Biskut Chipsmore…
Pernah tak dengar term ‘Biskut
Chipsmore’… Bukan biskut tuh… memang la biskut tuh… tapi apa biskut tu signifiy…
Pernah teacher aku, Madame Masliza
sebut kami nie cam biskut chipsmore… bila kami tanya ja sebab apa dia kata kami
camtuh… kot2 la muka kami manis kah…. Hehe… tapi jawapan teacher aku selamba ja…
tak aih, hampa sekejap ada, sekejap tak dak, cam biskut chipsmore…
<senang kata suka ponteng
kelas>
Haha… tapi bukan usrah aku yang
jenis ‘biskut chipsmore’… tapi aku yang jenis biskut chipsmore… dah berapa kali
dah tak pernah usrah… tapi tak pernah la aku ponteng usrah 2 kali berturut2…
tapi selalunya selang seli… memandangkan aku ada dua usrah…. Hehe… usrah
bernaqibkan seorang akhi kat luar (A) dan usrah bernaqibkan sahabat-sahabat (B)….
Dua-dua buat kat masjid syakirin dekat KLCC, kadang-kadang ja buat kat surau
kolej….
Usrah minggu nie, usrah B,
diusahakan juga pergi walaupun aku ada benda nak buat, tapi last-last, ditunda
sebab tertentu…
Usrah A pulak, 2 minggu lepas,
the week before mid semester break… Alhamdulillah, aku dapat hadirkan diri,
tapi usrah A minggu before that aku tak pergi… sebab… hehe…. See… kan aku kata
aku nie chipsmore…
Akibatnya, waktu nak kena
present, memang cukup gelabah, nasib baik naqib cool ja, suruh baca dulu…. Memang
la cool, member sendiri naqib… Akhlak sebagia seorang muslim… nasib baik
simple, so dibukalah buku Apa Erti Saya Menganut Islam…
Seronok berusrah nie… rasa aku
dah pernah cerita tentang usrah sebelum nie… tapi as generalkan… tapi biar aku
cerita tentang usrah yang aku join…
Memang best, sebab belajar agama…
memandang sekarang masuk U, tak dak subjek kursus cam sekolah menengah dulu… so
nak kena cari sendiri… pihak Badan Dakwah surau kolej ada la sediakan ceramah
every khamis… tapi cukupkah? Mesti nak kena cari lagikan…
Duduk dalam bulatan gembira yang
menggumbirakan… dari sirah nabi hinggalah kepada tajwid dibincangkan… setiap
kali usrah, tak lari kalau tak baca al-quran then terjemah… dan aku pulak tak
lari dari kena tegur pasal tajwid… huhu… dah berkali-kali dah… ingat lagi…
dalam usrah A, nak gi rehlah kat Bukit Broga, aku terpisah dengan naqib asal,
nak kena pair dengan naqib lain, so apa lagi, memang berderam kena tegur
perihal tajwid… tapi dia tegur cara elok la, tak la kena marah cam belajar time
sekolah rendah dulu… menyesal gak sikit… tapi better sedar dari terus tak sedar…
kan…
Lagi satu, duduk dengan
ahli-ahli usrah nie, kadang-kadang buat diri ini rasa malu pulak… sebab,
diaorang fasih dalam menghafaz al-quran… yelah taklah habis satu al-quran dan
jadi hafiz, tapi ada surah yang panjang diorang hafaz… sampai aku mintak surah
untuk jaga hubungan antara manusia dengan manusia pun dapat bagi, both arab and
malay… malu ngan diorang… and teringin nak jadi cam diorang… hafaz kitab suci
al-quran…
Dulu, aku pandang usrah nie,
yelah berkopiah, berjubah panjang, alim dan jenis tak macam kita dengan kawan
kita, gila-gila… tapi bila aku diserap masuk melalui program Badan Dakwah
surau, stigma aku berubah, diorang okey ja, tak la restricted pon… bergurau
senda macam aku dan kau…. Gila-gila jugak, tapi berbatas la nak gila-gila pon…
sampai naik broga gi tuh….
Hari ini, aku dijemput untuk
join usrah seorang senior aku, untuk berrehlah di Taman Botani… tapi entah nak
pergi ke tidak… rasa malu sebenarnya… nak join diorang… yelah, aku pun jenis
celup biskut chipsmore… rasa malu nak join, bukan sekali dijemput join usrah
diorang…. Dah berkali-kali… tapi dok tak muncul-muncul jugak… last-last, jadi
malu dan segan nak tunjuk muka… pelikkan, majlis ilmu yang dipayungi malaikat
pon aku segan nak pi…
<kuliah pon kadang-kadang
ponteng -.-‘>
insyaALLAH, lepas ni, kalau diberi
kesempatan, aku post apa yang usrah aku bincangkan…
^^
Bersihkan Hati
Tingkatkan Iman
Tambahkan taqwa
Sucikan niat
Ingatkan akan ALLAH
Jazakallahu Khairan Kasira
No comments:
Post a Comment