بِسْــــــــــــــــــمِ
اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
السَّلاَمُ
عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Best Wishes Upon You, And Blessing Upon You and Barakah
ALLAH upon you
Mencari secebis harapan secangkir ihsan…
Berterbangan mencari erti kehidupan…
Disebalik kehitaman dan kegelapan malam…
Hati agak gugup nak jumpa keluarga bulatan gembira a.k.a
usrah biskut chipsmore, apatah lagi datang dengan ilmu yang kosong di dalam
dada yang gersang dan tandus… hati bertambah tidak keruan apabila naqib meminta
diri yang lemah ini untuk mengelolakan bulatan gembira tersebut…
Selesai usai solat maghrib, kami pun berkumpul disuatu sudut
di masjid yang cantik dan indah dihiasi dengan jundullah yang selesai solat,
bertebaran disekitar masjid… ada yang sedang membaca quran di suatu sudut, ada
yang solat sunat rawatib dan ada yang sedang berada dalam bulatan gembira
mereka sendiri…
Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu
di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang
kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak
(dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).
Surah Al-Jumuah (62:10)
Setelah semua berkumpul, majlis kami dimulakan dengan ummul
kitab al-fatihah…
Setelah selesai bacaan surah al-fatihah, diriku masih gugup
dalam mengelolakan majlis, tergagap bertanya akan kesihatan dan pembelajaran
masing-masing <tak kan nak berderu terus start dengan topic pada hari
tersebut>… tiba-tiba, suatu figura menangkap pandanganku… seorang syeikh
arab, berkopiah, berkemeja putih belang dan berslack kuning <detail gila
pandangan aku>
Secara tiba-tiba, syeikh tersebut datang ke bulatan gembira
kami, bersalam dengan setiap ahli dan kemudian duduk bersama-sama kami...
Aku bertambah gugup…
Pada mulanya, dibercakap arab dan kemudian bertukar bahasa
Inggeris apabila tengok muka kelat kami semua… tapi English dia agak broken dan
berselang seli dengan bahasa arab… <macam kita la bila cakap english>
apa yang berlaku waktu syeikh tersebut sedikit blur, dan aku
hanya dapat tangkap sedikit sahaja apa yang disampaikan olehnya, eventhough dia
duduk bersama kami sampai waktu isya’…
“we are brothers, baba… we are brothers… you, me, and him,
and him, and even the person over there, we are brothers… eventhough we do not
share the same blood, not from the same parents, we are still brothers… it is
sad to see nowadays, our other brothers fight each other… and they fights with
their parents…”
Syeikh tersebut ada juga suruh rujuk beberapa surah, tetapi
dah terlupa… sebab ‘gugup’… hehe
Syeikh tersebut juga ada beri kami pamphlet yang mengadungi mathurat…kot…
aku tak sempat ambil baca sebab ada dua ja, tapi dari apa yang dibaca, aku
dapat tangkap tuh kumpulan surah mathurat…
“take this baba, take this, its free… its free… you cannot
buy this, you cannot buy God’s words… you shouldn’t sell this… you should share
it, give it… its free baba… read it… when it is in your heart… when ALLAH words
in your heart, it cannot be taken away… they can ripped your heart out, but
they cannot ripped out ALLAH words out of your heart… always read it baba… all
of you can read Quran, yes? Read it baba… read it baba…”
Alhamdulillah, sukar lihat dan nak jumpa orang camnie… dia
boleh datang kearah a group of strangers and give advice a.k.a da’wah… kita ada
berani buat… secangkir nasihat yang dia bagi, simple… sangat simple… hanya
dengan memperingatkan kita untuk jaga hubungan sesama manusia, jaga hubungan
dengan ALLAH…. Ayat sangat simple… ‘we are brothers’… ‘read the Quran baba’…
Sebelum syeikh tersebut berbicara tentang ‘read the Quran’,
dia ada minta pertolongan….
“baba, I have lost my daughter and I have lost my wife… I have
no money to eat… could you spare me some so I can have dinner”
Ada sebahagian dari kami menginfakkan beberapa wang untuk
diberikan kepada syeikh tersebut… agak sayu mendengar cerita dia…
Syeikh itu beredar sebelum berkumandang azan isya’… kami
mengiringi pemergiannya dengan salam dan pandangan…
Peluang membuat pahala untuk dirinya datang bergolek apabila
berjumpa dengan kami dan peluang untuk kami membuat pahala juga datang apabila
dia datang kepada kami…
Dia datang kepada kami untuk berda’wah… dan kami diberi
peluang untuk menolongnya… peluang untuk berbuat pahala…
ALLAH tidak menghadirkan seseorang dalam hidup kita tanpa sebarang sebab...
Ada sedikit incident yang menarik jemari ini untuk bertinta…
Sewaktu berkumpul duit untuk infak kepada syeikh tersebut,
sahabat aku mengeluarkan duit merah… tetapi apabila salah seorang kami beri
duit hijau kepada dia untuk dikumpulkan, sahabat aku mengeluar kembali
walletnya…
Keesokkannya, kami bincang semula kejadiaan rahmat semalam…
‘kenapa kau tukar duit dari merah jadi hijau?’
Dia tersenyum dan memberi jawapan ‘ikhlas setakat hijau ja’
“mengapa begitu senang kita nak keluarkan duit purple,merah
untuk beli smartphone, bergumbira, tapi nak infak kejalan Islam, nak infak
kepada anak yatim, kepada orang miskin kita hanya guna duit biru, duit hijau
sekali… pernah tak terfikir, kita terbalikkan… untuk enjoy hanya guna duit biru
dan duit merah dan purple kita guna kan untuk tolong mereka yang memerlukan…
susah tak?”
Aku tahu… memang susah… aku pon tak boleh… tapi tengah cuba diusahakan…
Situasi tersebut mengingat aku kembali pada waktu sekolah
menengah dulu… aku keluar bersama 4 orang sahabat, pergi makan pizza hut…sewaktu
tunggu makanan sampai, ada seseorang datang meminta sumbangan <untuk buat
rumah tahfiz kot>… kami semua memberi sumbangan tetapi ikhwah sorang nie
sumbangannya berwarna purple… kami semua terkejut…
‘eh tak, aku sedekah bagi pihak diriku dan keluargaku’
Alhamdulillah… Aku bersyukur bertemu dan bersahabat bersama
ikhwah tersebut… sekarang dia sedang belajar perubatan di UIA…
Begitu senang si dia menginfak sejumlah wang untuk Islam…
menolong saudara seIslam sendiri…
(Ingatlah), kamu ini adalah orang-orang yang bertabiat
demikian - kamu diseru supaya menderma dan membelanjakan sedikit dari harta
benda kamu pada jalan Allah, maka ada di antara kamu yang berlaku bakhil,
padahal sesiapa yang berlaku bakhil maka sesungguhnya ia hanyalah berlaku
bakhil kepada dirinya sendiri. Dan (ingatlah) Allah Maha kaya (tidak berhajat
kepada sesuatupun), sedang kamu semua orang-orang miskin (yang sentiasa
berhajat kepadaNya dalam segala hal). Dan jika kamu berpaling (daripada
beriman, bertaqwa dan berderma) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang
lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu.
Surah Muhammad (47:38)
Ya, aku lihat situasi ini kian menjadi viral dikalangan kita
semua… berlumba-lumba mengejar pahala dengan bersedekah… tambahan demi memberi
sumbangan pada GAZA, SYRIA dan dimana-mana yang berlakunya kezaliman keatas
orang Islam… Alhamdulillah, bersemangat membantu saudara sesame muslim…
Tetapi… mengapa saudara sesame muslim di negara sendiri,
kita gagal buka mata untuk menolong… sanggup membeli baju, cokelat dan
sebagainya untuk disalurkan keuntungan kepada mereka… tetapi, saudara seIslam
di negara sendiri diabaikan… ada nampak tak… bagaikan kera dihutan di susukan,
anak dirumah mati kelaparan…
Ya… tak salah nak menolong saudara kita di luar sana, tetapi
yang berada disebelah kita… kita gagal membuka minda dan hati untuk menolong
mereka…
*****
Kususun sepuluh jari memohon kemaafan andai tintaku mencarik
jiwa sesiapa… dan maafkan aku kepada para sahabat seurahku, jika tintaku
mengguriskan perasaan mereka… niat di hati, insyaALLAH ingin menyampaikan,
tiada niat untuk mengaibkan sesiapa… sama-sama kita berubah kearah yang lebih
baik….
Video2 dibawah nie agak interesting... hope u guys enjoy...
No comments:
Post a Comment