In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Best Wishes Upon You, And Blessing Upon You and Barakah ALLAH upon you
Alhamdulillah, bersyukur kita masih diberi nikmat untuk
menghirup udara segar ALLAH Taala. Berhenti rehat sekejap dari study physiology
neuroscience. Sekejap ka? Agak 30 minit okey la kan nak tulis blog…
Dari tajuk diatas, rasa sahabat-sahabat mesti dah tahu jalan
cerita untuk blog nie… tambahan pula hari ibu lagi 2,3 hari akan menjelma…
tetapi, its just coincidence… bukan nak cerita tentang hari ibu, tetapi nak
bercerita suatu incident yang berlaku…
Sebak… sedih…
Itu perasaan yang aku rasa sehingga sekarang…
Pada hari sebelumnya, sahabat dan aku bercadang untuk study
bersama-sama anatomy… anatomi aku amat lemah… jadi plan nya kami akan study di
bilik dia after isya’ yakni jam 9. Dia suruh aku kejut dia bila datang bilik
sebab dia nak tidur… barangkali letih kerana dia sakit demam panas…
Jam 9 aku bergerak kearah biliknya… masuh sahaja, jelas
nampak dia sakit, menggigil berselimut dari hujung kaki hingga ke leher. Dari pintu
aku dapat melihat dia mengingau… berbelah bagi nak kejut, aku decide nak kejut
dia… tapi…
Aku kejut dia… nampak jelas dia tengah confius a.k.a delirum…
dia tak sedar dia kat mana… aku kata dia dalam bilik… dia nampak resah… dia
kata dia nampak arwah ummi dia dalam mimpi… berulang-ulang kali dia cakap
camtuh… sampai dia menangis…
Sebak…
Sedih…
Aku cuba tenangkan dia supaya dia tidur tetapi dia terus
mengingau… sehingga aku minta beberapa sahabat untuk tolong tenangkan dia…
akhir tidur juga akhirnya… agak pukul 10 malam, dia terjaga tetapi tidak ingat
apa berlaku…
Sebak…
Dia rindu arwah umminya…
Aku balik bilik selepas itu menahan sebak… ummi sahabat aku
sudah kembali ke rahmatullah beberapa bulan yang lalu…
Dalam senyap, aku teringat akan emak aku… ALLAH masih
mengurniakan umur yang panjang kepada ibu kita, tetapi apa yang kita buat untuk
insan yang bergelar ibu ini… sedar tak…
Aku rasa cukup lah sekadar kisah tersebut… tak perlu
motivasi… tak perlu nasihat… rasa sahabat-sahabat bijak mentafsir sendiri….
******
Abu Hurairah r.a. berkata:
Rasulullah SAW bersabda:
Allah berfirman:
Tiada pembalasan bagi seorang hamba-Ku yg telah Aku ambil
kembali kekasihnya, kemudian orang itu mengharapkan pahala daripada-Ku, selain
dari pembalasan syurga.
( HR BUKHARI )
sabar ya akh...
insyaallah , umi dahagakan bait2 doa dari anaknya yg soleh
dan berusaha utk mengekalkn ke-Solehan itu
******
No comments:
Post a Comment