Friday, May 17, 2013

~ Novelist Wanna-Be ~

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Best Wishes Upon You, And Blessing Upon You and Barakah ALLAH upon you

...Apa Khabar Islam...

...Apa Khabar Iman...
...Apa Khabar Hati...
...Apa Khabar Taqwa...

Apa Khabar & Apa Khabar…

Sihat walafiat kah???

Sakit kah???

Sekarang tengah lengang sikit masa, sebab modul reproduction yakni modul peranakan, 3 minggu ja. So ada masa untuk buat projek…

Hehe..

Nak tau projek apa? Jom baca kisah dibawah…


**********
Angin petang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Cuaca petang itu redup sahaja. Tak mendung menanda hujan mahupun terang memanas, cuma redup. Beberapa orang kanak-kanak riang bermain di taman permainan berdekatan, sambil diawasi oleh keluarga. Terdapat juga mereka yang sedang ber jogging mengeliling taman KLCC.

Disuatu sudut, terdapat dua figura sedang duduk bersila diatas rumput menghijau, mengadap pancutan air di KLCC. Atif membetulkan mafla yang melilit dilehernya. Terasa rimas gamaknya. Dia merenung sahabatnya yang bersila disebelah. Wajah sahabatnya kosong. Ini lah hobi Halim apabila jiwa tengah serabut. Duduk di taman yang menghijau dan temenung. Memikirkan masalah barangkali, sehingga tidak menghiraukan keadaan sekeliling.

Atif boleh terjebak datang ke taman itu pun selepas nampak Halim yang ingin keluar, datang sini. Pada mulanya, Halim nak pergi seorang, tetapi Atif cuba sedaya upaya pujuk Halim agar dia boleh ikut sama sekali. Akhirnya, Halim bersetuju sahaja.

Halim kian termenung memandang ke araf pancutan air didepan KLCC. Mukanya tampak jelas kerunsingan. Halim sememang seorang yang senyap, dia tidak se’havoc’ sahabatnya yang lain. Apabila sahabat-sahabatnya buat lawak, Halim kebiasaan senyum, jarang nampak dia ketawa sekali. Apabila ditanya, senang sahaja jawapannya, ‘bagi aku tak lawak, so aku senyum jelah.’ Tetapi kesenyapan kali ini, melebihi daripada kapasiti norma. Kesenyapan berkongsi dengan kekosongan.

Suasana kian sunyi. Cuma kedengaran lagu My Immortal, 21 Guns dan Hall of Fame yang keluar dari earphone Halim yang dipasang sehingga volume semaksimum yang mungkin.

Menyedari dirinya diperhati, Halim memandang kearah Atif. Halim melepas satu keluhan dan kembali memandang pancutan air itu kembali. Dia melurut earphone dari telinganya. Kaki yang bersila itu dirapat ke dada dan lalu tangan yang di rumput memeluk kaki. Halim memejam mata dan membukanya kembali. Dagunya mendarat keatas lutut.Atif tahu Halim tengah ada masalah sekarang. Karakternya berubah drastik selama 3 tahun perkenalan. 1 tahun di matrik dan 2 tahun di unversiti. Atif tidak mahu bertanya, dia tahu, apabila Halim bersedia,dia akan cerita. Tidak pada dirinya, mungkin kepada orang lain.

“What do you think of me Atif,” kata Halim memecah kesunyian. Halim memandang kearah Atif yang jelas nampak terkejut dengan soalan tersebut. “Jahat ka aku, baik ka aku?”

Atif diam sebentar, memikir respon yang terbaik boleh beri. “Kau baik ja, you are great guy, a guy with a big heart” kata Atif dengan senyuman dibibirnya. “Halim, is there something that bothers you. I’m here if want to tell me anything.”

Halim senyum nipis mendengar bicara akhir Atif. Tetapi senyuman itu nampak dibuat-dibuat dan lemah. “how do you defined ‘baik’ ”

‘Aduh, soalan. Kenapa lah mamat nie kena berfalsafah sangat, nama ja budak fakulti perubatan tapi, falsafah kalah budak fakulti falsafah’ omel Atif. “well erm, baik… the guy is kind, baik hati, understanding, tak suka tengok orang gaduh , tak suka gaduh… well the basic necessity of orang baik is being baik.” Jawab Atif.

Halim masih memaku pandangannya kearah hadapan. Suatu keluhan berat dilepaskan. “Is that really what 'baik' means? Betul ka aku baik? ” ujar Halim. Senyap beberapa saat sebelum Halim kembali berbicara. “or there is more to it than meets the eye? What is the real meaning of being baik actually.”

Atif kebingungan. Diusap bahu Halim lembut. Sahabatnya itu dalam dilema. Kenapa mempersoalkan dirinya baik. Kenapa mempersoalkan definisi baik itu tersendiri. Apa yang menyebabkan Halim mula memikirkan perkara ini. Dari matrikulasi sampai sekarang, semua orang sering mengatakan Halim ini seorang yang baik dan innocent. Pijak semut pun tidak akan mati. Tetapi, kenapa sekarang memikirkannya. Atif semakin kebingungan. Dia tidak tahu nak jawab persoalan Halim dan membiarkan sahaja persoalaan tersebut berlegar-legar di angkasa.

Halim menutup matanya, mengingati semasa berbual dengan beberapa kenalan barunya di dalam usrah. Halim masih baru lagi dalam usrah tersebut. Baru kali keempat pertemuan. Halim terlibat pun selepas diajak meneman kawannya dan terus terpikat mengikuti usrah tersebut.

“apa guna kalau kita baik dengan manusia, tetapi dengan ALLAH Taala, hampeh. Dipandangan manusia, kita nampak baik, bagus, tetapi dengan ALLAH, solat entah kemana, aurat tutup macam tak tutup. Orang kufur pun baik, memang diorang baik. Tetapi, dengan ALLAH Taala, mereka kufur, mereka tak aknowlegde ALLAH sebagai tuhan mereka.” Hujah akhi Ameer.

Halim melepaskan keluhan yang berat. Tidak semena-menanya, air matanya mula berjurai, menuruni pipinya. Halim terus membenam mukanya keatas lutut yang didakapnya.  Atif kaget melihat Halim yang tiba-tiba mengeluarkan air mata. Diusap perlahan-lahan bahu Halim. Hendak berkata-kata, Atif sudah mati akal. Minda dan emosi seseorang manusia sungguh kompleks, dan minda dan emosi Halim adalah yang paling kompleks yang Atif jumpa.

Halim mengesat kesat air matanya. Dia melihat Atif yang kerut seribu bahasa. Dia tertawa melindungi kegusaran bersarang di hati. “Jom ar kita balik kolej, ” kata Halim seraya bangun dari duduknya. “Karang jammed jalan, lambat sampai kolej. Dengan nak mandi lagi, solat maghrib nanti entah kemana.”

Solat. Perkataan itu kian berlegar-legar dalam mindanya dan menyelubungi hati sanubarinya. Azam yang tekad, dia nak jumpa akhi Mukmin sepulangan ke kolej nanti. Dia nak belajar solat. The right way...

**********

 Tada…

Ini projek aku… insyaALLAH, teringin sangat nak tulis senaskhah novel. InsyaALLAH, cuba diusahakan. Saja-saja seronok… ini pun setelah mendapat galakan dari junior dan kawan2… nak published ke tak nukilan ini, erk, tengok camna nanti… tak pasti mampu ke tak… berani ke tak… diri ini bukan puitis sangat… angan-angan ja lebih…

Peace!

Haha, at first, rasa macam, gila ka apa aku nak tulis novel, sapalah aku nak compare hlovate and hilal asyraf and other novelist... tiba-tiba member bagi nasihat cukup kaw punya...

"kita nie, orang melayu,memang da satu perangai buruk yang susah nak buang... kita terlampau rendah diri and agung-agungkan orang lain... hang tulih jelah novel tuh... jangan duk pikiaq sangat..."

So bermulalah nukilanku yang agak cheesy 

^^

1 comment:

  1. salam.

    akk ada dengar dlm ikim, sesiapa ada karya mcm ni, blh hantar kt ikim. kalau bagus, ikim akan siarkan di ikim melalui drama radio.

    bolehla try buat satu skrip drama, hntar kat ikim. bakat dah ade. kembangkn. dan akk sgt suka kalau tema penceritaan ttg kekeluargaan, persahabatan dan perjuangan instead of percintaan.

    ReplyDelete