Wednesday, May 22, 2013

~Takala Bersendirian~


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Best Wishes Upon You, And Blessing Upon You and Barakah ALLAH upon you

...Apa Khabar Islam...
...Apa Khabar Iman...
...Apa Khabar Hati...
...Apa Khabar Taqwa...

Apa Khabar & Apa Khabar…

Alhamdulillah, bersyukur kita masih diberi nikmat untuk menghirup udara segar ALLAH Taala. Berhenti rehat sekejap dari study dan ambil peluang ini nak mengelewang dalam lama muka buku dan ber blogging.

Semasa duk berjalan-jalan dalam muka buku ternampak satu gambar dari Khadimul Quran punya wall… entah kenapa, nak copy and paste kat blog sendiri… nak berpuitis, aku tak sehebat si admin KQ… tetapi… KQ seperti mengerti diriku…

Chewah… haha… karya dibawah hasil KQ, not mine…

Enjoy…



Seseorang yang sentiasa tersenyum riang di hadapanmu, ketahuilah dia sering menyapu air mata tatkala bersendirian

Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu, ketahui dialah seorang pemurung tatkala bersendirian

Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan perangsang kepadamu, ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu

Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat dihadapanmu ketahuilah dia yang sentiasa mengadu lemah dihadapan Tuhannya

Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu, ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya

Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu, ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya

Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya, ketahuilah dialah seorang ‘petapa setia’ yang tidak mampu bersuara tatkala bersendirian

^^

Credit to

KHADIMUL QURAN

No comments:

Post a Comment