In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Best Wishes Upon You, And Blessing Upon You and Barakah ALLAH upon you
Kaifa Haluka/Haluki ^^ ???
Dah lama sangat aku tak hadir majlis ilmu, padahal majlis ilmu tuh sebenarnya dimerata-rata tempat...
Hari majlis ilmu yang aku hadiri, sejurus selepas solat maghrib di surau kolej....
Majlis ilmu nie bukan disampaikan okeh ustaz tersohor, tetapi hanya YDP Badar saja, Akhi Daud a.k.a Firdaus Latip... Apa, ingat majlis ilmu hanya ustaz ja boleh??? Kalau ada perkongsian ilmu, itulah majlis ilmu, apatah lagi ilmu agama, malaikat akan memayungi serta mendoakan para hadirin majlis tersebut...
Kembali kepada Akhi Daud, ilmu yang disampaikan hari lebih kepada perkongsian beliau dari subuh sehinggalah maghrib...
Jam 6.30 pagi, akhi agak lewat bangun dan tak sempat nak solat jemaah disurau, tapi alhamdulillah, akhi kata akhi sempat jumpa sahabat yang sama bangun pada waktu yang sama, dan boleh solat subuh jemaah... Dengar citer akhi, aku tunduk jelah kepala... Kenapa??? Sebab akhi, selaku YDP Badan Dakwah dan Rohani, meminta maaf kerana tak sempat solat jemaah subuh, kerana dia merupakan salah seorang pemimpin disitu... Aik, apa kaitan dengan aku??? Sebab aku bangun agak lewat, 7.05 pagi, itu pun diselamatkan oleh sahabat aku, kalau tak, memang futur subuh lah aku...
Seterusnya, diceritakam pula akhi dijemput untuk ke majlis berkhatan di masjid. Banyak kanak2, dan remaja (ada kot) disitu.... Situasi yang agak lucu juga ada, dimana seorang kanak2 yang takut berkhatan menyatakan " pakcik jahat, ayah jahat, semua orang sini jahat, khatan nie bodoh, semua orang sini bodoh, ni semua dosa besar"... Cuba feel perasaan kanak2 tersebut, punya la takut, sehingga berkhatan itu dikatakan dosa besar... Ada juga kanak2 yang menangis, tetapi menarik cara mereka menangis...
Memarik??? Apa yang menarik kanak2 menangis??? Sebab mereka menangis dengan berzikir, La Illah Haillallah ( kalau eja silap mohon tegur), dan ada pula yang berselawat, ada pula baca la fatihah... Dalam keadaan menangis, mereka mampu ingat kepada ALLAH...
Nampak tak disitu...
Cuba kita comparekan kanak2 tersebut, dengan diri kita... Cuba ingat balik, apa akan kita buat bila kita stress??? Adakah kita membaca al-quran, mahupun berzikir... Jikalau anda tergolong dalam golongan ini, alhamdulillah, teruskan beristiqomah... Tapi kalau diri aku nie, yelah, dengar lagu rock, cuba lari dari masalah, cuba cari tempat yang tenang, kalau loaded sikit pergi shopping ataupun window shopping...
Nampak tak perbezaannya...
Kalau Akhi Daud, dia cuba menyampaikan didikan anak2 perlu diterap bukan sejak mereka masih kecil mahupun bayi, tapi perlu diterapkan sebelum mereka lahir, yakni bermula dengan diri kita... Andai kata kanak2 tersebut, a.k.a anak kita nampak tabiat kita macam A, maka A la dia akan ikut, kalau macam B, macam B la dia ikut, apatah lagi kita bapanya... Kalau masa dah ada anak baru nak berubah, rasa mampu istiqomah tak???
Kalau aku, apa yang aku nampak, kebergantungan terhadap ALLAH... Macam akhi kata tadi, apabila kita tengah stress, apa kita buat... Dari situ dapat kita lihat kebergantungan kita terhadap ALLAH, level mana kita... Adakah setakat solat 5 waktu sehari, kemudian hilanglah kerbegantungan terhadapNYA???
Takat itu sahaja majlis itu, tetapi ada assigment akhi daud bagi, yakni, muhasabah diri...
Selamat bermuhasabah diri sahabat2 ^^
Sekian...
Jazzakalah Khairan Kathira...
^^
No comments:
Post a Comment