Monday, February 23, 2015

7 Jenis Persahabatan

Assalamualaikum Waarahmatullah Hiwabarakatuh

Selamat Sejahtera

source
Minggu lepas, aku ada join beberapa kawan-kawan aku ke kenduri seorang kawan di Perak. Kawan-kawan aku nie semua dari universiti luar negara yang meyambung pengajian klinikal di bumi Malaysia. And yes, they are Malaysia.

InsyaALLAH, perjalanan mahupun jaulah perak tersebut akan aku buat coretan dalam masa akan dating.

One thing that I observe sepanjang jaulah tersebut, persabahabatan antara mereka yang utuh, yang menyampai suatu tahap kekeluargaan. insyaALLAH, akan juga dicoretkan dalam post akan datang.

Kali ini ingin sharekan satu post di instagram jom_dakwah tentang 7 jenis persahabatan.
InsyaALLAH kita boleh ambil ibrah atau pengajaran dari perkongsian ini.


7 JENIS PERSAHABATAN
HANYA 1 SAMPAI AKHIRAT

source
1. TA'ARUFFAN
Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di stesyen kereta api, hotel, hospital, pejabat pos, ATM, dan lainnya.

2. TAARIIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama, dan sebagainya.

3. AHAMMIYYATAN
Persahabatan yang terjalin karana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya.

4. FAARIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, badminton, memancing, dan sebagainya.

5. AMALAN
Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek dan sebagainya.

6. ADUWWAN
Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita...Allah! Pijak semut pun tak mati! Talam dua muka. 
Seperti firman Allah SWT: "Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia menyakitkan hati mereka, bila kamu ditimpa musibah, mereka senang hati..."
(Surah Ali Imran : 120)

7. HUBBAN LIMAANAN
Sebuah ikatan persahabat yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla, saling menolong, menasihati, menutupi aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam dipenghujung malam, ia doakan sahabatnya. Boleh jadi ia tidak bertemu tetapi ia cinta sahabatnya kerana Allah Ta'ala.

Dari 7 macam persahabatan di atas, 1 - 6 akan LENYAP di Akhirat. Yang tinggal hanya 1 ikatan persahabatan iaitu persahabatan yang ke-7.

Persahabatan yang terjalin kerana Allah Taala seperti firman Allah SWT : "Pada hari itu (Kiamat) sahabat-sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain kecuali persahabatan kerana ketaqwaan" (Surah Az-Zukhruf :67)

^^




Jazzakalah Khairan Kathira

No comments:

Post a Comment