Monday, December 12, 2011

~DUGAAN - LEMAHNYA HATI INI~

ASSALAMUALAIKUM W.B.T



Bismillahirrahmanirrahim..... dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih, Maha Penyayang....

Aduhai, lemahnya hati ini. lemah sungguh jiwa ini. sekali dipukul badai, hancur luluh berkecai. empangan kian retak, hanya mengalir sedikit aliran air, sehingga satu ketika, empangan yang teguh itu pecah memuntahkan aliran air yang deras lagi lagu.

Aduh, kenapa la dugaan aku terima bebarapa bulan ini sungguh dasyat... Astagafirullah al azim... aku memohon keampunan dariMu Ya ALLAH.... kenapakah dugaan yang diturun ini sunnguh dasyat Ya ALLAH...

Astagfirullah al azim....



Dasyatkah dugaan yang ku terima, dugaan yang diterima oleh rakyat Palestin lebih dasyat daripadaku. ish3... aku tak patut berkata2 begitu kepada Khaliq...

sepanjang aku menempuhi dugaan hidup ini, pelbagai nasihat aku cari dan terima.... dan di antaranya adalah...

  1. berdoa kepada ALLAH, dugaan yang kita terima mungkin untuk mengingatkan kita kepada ALLAH. apabila hidup kita senang, kita sering lupa kepada Khaliq, tapi apabila kita dtimpa musibah/dugaan, barulah kita teringat sejadah, al-quran. dugaan diturunkan adalah antara salah satu cara untuk mengembalikan kita kejalan yang benar dan ingat kepada ALLAH.
  2. beristiqfar selalu, kerana apabila kita selalu beristiqfar, ALLAH akan menolong kita dan memudahkan perjalanan hidup kita.
  3. dugaan adalah untuk mengingatkan kita kepada ALLAH Taala. jika kita bersabar dan tabah menghadapi dugaan tersebut, insyaALLAH iman kita akan bertambah tebal. tetapi janganlah mendoakan kita x didatangi dugaan ataw pon didatangkan dugaan berat bagi kita. - nasihat ustazah fatimah syahra.
  4. dugaan 'berat' kepada kita mungkin kerana hubungan kita dengan Yang Maha Esa tidak baik atau ada kekurangan, perbaiki hubungan kita dengan ALLAH, insyaALLAH akan dipermudahkan urusan kita
  5. berdoa kepada ALLAH agar dipermudahkan urusan kita. berzikir dengan nama2nya seperti asma ul husna
  6. dekatkan diri dengan majlis2 ilmu agama


sekian itulah antara nasihat2 yang saya terima secara direct dan secara mengikuti majlis2 ilmu. terima kasih diucapkan kepada sahabat2 kerana menasihati saya semasa saya dalam mood kesedihan... alhamdulillah, nasihat mereka amat membantu. daripda nasihat mereka juga saya dapat muhasabah diri dan istiqamah, insyaALLAH. hehe

hati yang lemah mampu menjadi kuat jika diisikan dengan perkara kerohanian seperti berdoa, mengerjakan solat fardhu serta sunat, perbanyakkan bacaan Al-Quran serta berzikir. insyaALLAH, ALLAH Yang Maha Esa akan mempermudahkan urusan kita. tetapi kena diingatkan jugak, semua ini kena datang ikhlas dari hati, kerana ALLAH, dan tiada modus operandi yang laen.

Harap Maaf jika terdapat kesalahan dalam tinta aku pada kali ini, aku pun seorang yang baru belajar. Bukankah Rasulullah S.A.W pernah bersabda, sampaikan dakwah walaupun dengan satu ayat.insyaALLAH...



Sekian

FIN

No comments:

Post a Comment