Monday, March 19, 2012

~7 SUNNAH RASULULLAH SAW~

Assalamualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh

Sunnah Rasulullah SAW



Apa kabar sahabat2 sekalian... sudahkah bersolat subuh... jangan lupa lepas nie solat la dhuha pulak, sesungguhnya, kunci rezeki terletak kat solat dhuha... solat sunat dhuha juga merupakan sunnah rasul taw...


Jeng3... yup, itulah topik 'perbincangan' pada hari ini...hehe... xbincang pon, aku juz akan letakkan 7 sunnah yang Rasulullah amat jaga... dan kalau kita taw perkara ini sunnah, insyaALLAH kita akan diberikan pahala mengerjakan amalan sunnah, tapi kalau kita laksanakan amalan tersebut tanpa tahu amalan itu sunnah, kita takkan dapat pahala sunnah... erk~~ camtuh kot ustaz dalam rancangan Tanyalah Ustaz explain... aku pon xbrapa ingat. But the main point is, kena taw la amalan mana yang sunnah, sahabat2 sayang Rasulullah SAW x??? mesti sayangkan... jadi selalu la ikut sunnahnya serta berselawat keatasnya.... jangan lupa selalu selawat pada hari Jumaat....hehe... maka ini lah list 7 sunnah yang Rasulullah SAW amat jaga... Read it and Do It... InsyaALLAH...

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah: 

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. 

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. 

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah. 

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. 

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. 

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah". 

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. 

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme. 


hehe, ini pon aku dapat dari laman web... harap2, sahabat2 yang membaca akan mengamalkan sunnah2 tersebut, aku pon masih merangkak lagi untuk mengikut sunnah tersebut... tapi jangan ingat yang jer.... banyak lagi sunnah Rasulullah SAW yang lain seperti senyum... apa pon, selamat mencuba... bit taufiq wannajjah....

Senyum itu Sunnah


~FIN~

No comments:

Post a Comment