Monday, March 26, 2012

~Rahsia Dan Azab Meninggalkan Solat~


ASSALAMUALAIKUM WARRAHMATULLAH HIWABARAKATUH




Apa khabar iman….


Apa khabar Islam…

&


Apa khabar sahabat… ^^


Hehe, dah terjawab soalan2 diatas… hehehe… sendiri maw jawab la yer…^^… So, how is your day… happy, sad, good, bad, in or out? Apa2 pon, pastikan anda berasa bersyukur dengan nikmat yang ALLAH telah berikan kepada anda, yakni, Iman dan Islam itu adalah pasti, yang selain daripada itu adalah nikmat kesihatan dan masih mampu untuk inhale oxygen dan exhale CO2. Hehe… saja masuk saintifik sikit…

Okey, pada hari, aku ingin menyebarkan sedikit ilmu yang aku dapat daripada blog hoping… macam island hoping tapi kita tak lompat dari pulau ke pulau, tapi dari blog ke blog….

Tajuk adalah seperti tertera diatas lergh….. Rahsia Dan Azab Meninggalkan Solat…

Hehe…. Okey, seyez….

Ini adalah antara rahsia kita solat…. Jeng3

·        Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

·         Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

·         Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

·         Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

·         Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.

·         I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

·         Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

·         Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur.

·         Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

·         Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh mungkar & nangkir di dalam kubur.

·         Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

·         Salam : Memelihara kita di dalam kubur.

·         Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Wow, sedang setiap pergerakan kita dalam solat pon dah ada saham kat alam kubur dan akhirat kelak… astagfirulah, nauzubillah….. ^^

Pernah x tertinggal solat dulu… xpernah, betui ka…hehe… taw2 la seniri yerk… jadi taw x apa akibat kalu kita tinggal solat…. Memang la dapat murka ALLAH Taala, tapi selain itu…hehe

Akibat Tinggalkan Kewajipan Solat

·         Subuh : Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun* di akhirat. (*nota - 1 tahun diakhirat=1000 tahun didunia=60,000 tahun)

·         Zuhur : Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim.

·         Asar : Dosa sama seperti meruntuhkan Ka'abah

·         Maghrib : Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri.

·         Isyak : Allah SWT berseru kepada mereka :- "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT."

Solat sunat xyah citer la…. Yang fardhu ja… sekarang apa rasa, ketaq lutut x??? Astaga….
Tu baru akibat, apa kata kita tengok pulak azab kalu kita tinggal solat….

Antara azab bagi mereka yang meninggalkan solat:

Dunia

·         Allah SWT menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya.
·         Allah SWT mencabut nur orang-orang mukmin (soleh) daripada (wajah) nya.
·         Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Sakaratul Maut

·         Ruh dicabut ketika ia berada didalam keadaan yang sangat haus.
·         Dia akan merasa amat azab/pedih ketika ruh dicabut keluar.
·         (su'ul khatimah)
·         Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Alam Barzakh

·         Dia akan merasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan (serta menerima hukuman) dari Malaikat Mungkar dan Nakir yang sangat menggerunkan.
·         Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
·         Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari)
·         (Siksaan binatang-binatang bisa seperti ular, kala jengking dan lipan)

Hari Qiamat

·         Hisab keatasnya menjadi sangat berat
·         Allah SWT tersangat murka kepadanya.
·         Allah SWT akan menyiksanya dengan api neraka.

Arghhh, menakutkan…. Astaga…. Cuba lihat betapa tingginya manfaat solat dan betapa menakutkannya akibat serta azab meninggalkan solat…. Uhhh, menakutkan…. Jadi sahabat2, marilah kita bersama2 mengerjakan solat fardhu, tapi, jangan la solat ala kadar, biar la solat yang sangat kusyuk. Ingat, apabila kita solat, bagaikan kita sedang berbicara dengan ALLAH Taala….

Huhu, setakat ini sahaja aku dapat kongsi ilmu dengan kalian semua…. Apa2 pon selamat maju jaya… ^^



<setakat ini semua hanya amek dari blog orang lain, tapi xsalahkan nk sebarkan ilmu…. ( ; >

No comments:

Post a Comment