Wednesday, December 28, 2011

~Learn Something From Your Life~




 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

 

Alhamdulillah, sudah siap satu perjuangan... hehe... dah selesai eom 3 which is module membrane n receptor. Hehe... setelah bertarung ‘maut’, bersengkang mata, menangis meroyan sebab tak paham, gila2 study pharmacology and physiology, last2, aku concludekan nak hafal drug2 dalam pharmacology ja.... dan last2, muahaha, memang cukup xboleyh belah, hanya keluar 10% ja pharmaco, yang laen suma physio...

Terbaek kan.... very terbaek....

Haha.... habis ja EOM for membrane n receptor, datang la module yang baru, which is metabolism... haha... nk kena taw metabolism of carbohydrates, protein n fatty acid... ZZZZZ... aku seriouzely xpaham apa Dr cakap kat depan lecture hall tuh... ternganga luas ja time lecture.... Cori cycle n Kreb cycle pon dh ak lupa... huhu...

An again, terbaek.... the most terbaek.....

Hidup aku memang terumbang-ambing.... menarikkan hidup aku....

Yes... yesss.... yezza.... cukup menarik....

Hehe... as a conclusion, aku melarikan diri dari dunia KTSN dan dunia UKM.... aku cuba memisahkan diriku dari dunia aku duk sekarang dan berhijrah sekejap beberapa jam ke tempat laen... tempat mna, hehe, sahabat2 aku pon xtaw n still wondering....

Yup2, memang best petang tuh... the very best... i got to revisit my matric life n my high school life... aku sekarang memang merindui zaman2 kanak2 ribena ku... yup, matric n high school life ak memang ak bleyh katakan zaman kanak2 ribena koz mmg nampak clear ak xmatang langsung... n bila mengimbas kembali, ak mampu ketawa dan menangis dalam waktu yang sama...

This b’coz, time tuh la banyak sungguh kenangan manis... very sweet memory... lebeyh manis dari gula... tetapi semanis kurma... huhu... naseb baek kwn2 ak da simpan gambar... bleyh ak tengok n renung puas2...
Yang bab nangis pulak, sebab ak bawu sedar n nmpk apa yg ak xsedar n xnampak seblom ini... but it is too late... too late to go back n change it... eh, mana bleyh kan...hehe... but masih boleyh imbas kembali n buat pedoman agar tak berlaku lagi... by means, not making history repeat itself...

Haha... nak dekat pukui 6.30 tuh, seyezly, ak xnak balik kolej lagi, rasa cam berat sangat kaki nk melangkah, apatah lagi hati yang kian berat... tapi, life must go on as people say... huuhuu... ak hanya mampu beroda sahaja... doa agar aku xbuat kesilapan yang lampau dalam masa depan.... doa agar dipermudahkan perjalanan hidupku... doa agar ak ditempatkan dikalangan orang yg beriman.... doakan senjata umat Islam...hehe.... dan berdoa agar doa aku dimakbulkan ALLAH...

Itulah comparison antara hidup ak sekarang n hidup ak zaman dulu... dulu, stress tuh skit n measurable... tp skrang, urghhh.... very high.... orang maybe xnampak (or maybe nampak), aku senyum, aku ceria ak happy, tapi dalam hati, huhu, hanya ALLAH taw...  comparison.... argghhh... really mizz my matric life n high school life....

Huuhuu, sabar2... sabar2... sabar jelah... itulah jelah yang ak bleyh wat... dan itulah nasihat sahabat2 aku... hehe...
huhu, dapat la aku belajar something about my life....muhasabah diri...

“Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar.” – Surah Aali Imran : Ayat 146

Monday, December 19, 2011

~IKHLASKAH KITA???~


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



Ikhlaskah kita? Hurmm.... Ringkas sahaja soalan tersebut, ikhlaskah kita? Bolehkah para pembaca sekalian menjawab persoalan tersebut. Tahukah para pembaca apakah itu ikhlas?

Para pembaca yang budiman, konsep ikhlas ini amat penting dalam kehidupan harian kita kerana ia menjadi penentu kepada samada amalan kita diterima atau ditolak oleh Allah S.W.T.

Maksud ikhlas adalah membuat sesuatu amalan hanya berpaksikan untuk menerima keredhaan Allah, tanpa dicampuri urusan dunia seperti kecenderungan kepada dunia, untuk kepentingan diri, kerana kedudukan, harta benda, supaya dihormati oleh orang ramai, tidak ingin dicela, kesombongan yang terselubung, atau kerana alasan-alasan lain yang tidak terpuji. Yakni, dengan erti kata lain, ikhlas adalah melakukan amalan kerana Allah.

 
Oleh itu, segala amalan serta jihad, yang kita laksanakan hendaklah berniatkan keikhlasan kepada Allah, dan hanya mengharap akan keredhaanNya. Semua perkataan, amalan dan jihad tidak memandang kepada sebarang keuntungan, kemegahan, gelaran, kedudukan terkemuka atau mundur.

Firman Allah swt di dalam surah Al-An’am 162-163 yang bermaksud :




Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.


Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)"

Sudahkah kalian, para pembaca budiman telah memahami apakah erti itu ikhlas. Jadi, sudahkah terjawab persoalan, ikhlaskah kita? Sebelum saudara serta saudari menjawab persoalan tersebut, saya ingin membawa kalian kepada situasi zaman sekarang.

Ikhlaskah kita? Ikhlaskah kita menghulurkan sedekah kepada fakir miskin? Ikhlaskah kita bertadarus Al-Quran pada bulan Ramadhan yang lalu. Ikhlaskah kita menjalinkan hubungan persahabatan. Dan ikhlaskah kita melaksanakan ibadah puasa serta ibadah-ibadah lain semasa bulan Ramadhan yang lalu.

Seringkali saya pulang ke rumah menaiki bas dari sesuatu destinasi, dan seringkali juga saya melihat situasi yang sama, yakni, suasana peminta sedekah atau panggilan lebih comel baginya iaitu pengemis, mengemis di perhentian bas. Paling menyedihkan, apabila golongan tersebut, menghulurkan tangan meminta sedikit wang, ada dikalangan mereka hanya menjeling tajam, malah ada yang memarahi mereka. Ya Allah, sedangkan Rasulullah S.A.W; kekasih Allah, tidak pernah memarahi serta menghampakan pengemis, inikan pula kita, hanya hamba Allah yang biasa.

Rasulullah S.A.W tidak pernah menghampakan sesiapa sahaja yang datang mengadu masalah kepadanya. Sehinggakan jika orang yang datang itu meminta sesuatu yang tidak dapat Rasulullah S.A.W berikan, Baginda akan menyuruh orang itu mendapatkannya di pasar. Beli secara hutang dan hutang itu akan dibayar oleh Baginda nanti.

Lihatlah pembaca sekali, mengapakah tidak kita mencontohi sikap Rasulullah yang mulia itu. Tinggi pahala orang yang memberi sedekah. Saya sedih melihat apabila mereka menuduh para pengemis ini merupakan dibawah sindiket. Astaga, tidak baik melontarkan tuduhan yang melulu. Cuba kalian fikirkan, masihkah kita ikhlas menghulurkan sedekah apabila terdapat sedikit keraguan didalam hati sanubari kita.

Rezeki datang bergolek wahai para pembaca budiman, itu pun kita tidak mahu ambil peluang. Usahlah difikir samada mereka dari sindiket ke apa, hulur sahaja, dengan berpaksikan niat kerana Allah. Lebih sedih apabila saya lihat, budaya memberi sedekah hanya direlakan pada bulan Ramadhan, berpaksikan sebab beramal di bulan Ramadhan lebih tinggi ganjaran pahalanya. Aduh, memberi sedekah semata-mata ganjaran pahala? Ikhlaskah bersedekah tuh? Kemana perginya niat kerana Allah.

Situasi sama juga dengan perihal bertadarus al-Quran, bersolat, menjalinkan hubungan persahabatan dan lain-lain lagi. Mengapakah hanya bertadarus al-Quran hanya pada bulan Ramadhan, sedangkan pada bulan-bulan lain seperti Muharram, Safar, Rabi’ul Awal, Rabi’ul Akhir, Jumadil Awal, Jumadil Akhir, Rajab, Sya’ban, Syawal, Dzulkhaidah dan Dzulhijjah, tidak tersentuhnya kitab tersebut, apatah lagi membacanya? Sama juga dalam solat serta amalan lain.



Jadi, sudahkah kalian menjawab persoalan, Ikhlaskah kita? Tepuk dada, tanya iman.....
Sekian,
wabillahi taufik walhidayah
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

(Maaf jika terkasar bahasa ataw terdapat sedikit kesalahan disini, jika ada yang salah, tolong komen dan beritahu saya, saya seorang yang baru belajar dan ilmu yang kurang, insyaallah.)

~INGATLAH PADA PENCIPTA~

"Iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram." (Surah ar-Ra'd, ayat 28)

Thursday, December 15, 2011

Monday, December 12, 2011

~DUGAAN - LEMAHNYA HATI INI~

ASSALAMUALAIKUM W.B.T



Bismillahirrahmanirrahim..... dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih, Maha Penyayang....

Aduhai, lemahnya hati ini. lemah sungguh jiwa ini. sekali dipukul badai, hancur luluh berkecai. empangan kian retak, hanya mengalir sedikit aliran air, sehingga satu ketika, empangan yang teguh itu pecah memuntahkan aliran air yang deras lagi lagu.

Aduh, kenapa la dugaan aku terima bebarapa bulan ini sungguh dasyat... Astagafirullah al azim... aku memohon keampunan dariMu Ya ALLAH.... kenapakah dugaan yang diturun ini sunnguh dasyat Ya ALLAH...

Astagfirullah al azim....



Dasyatkah dugaan yang ku terima, dugaan yang diterima oleh rakyat Palestin lebih dasyat daripadaku. ish3... aku tak patut berkata2 begitu kepada Khaliq...

sepanjang aku menempuhi dugaan hidup ini, pelbagai nasihat aku cari dan terima.... dan di antaranya adalah...

  1. berdoa kepada ALLAH, dugaan yang kita terima mungkin untuk mengingatkan kita kepada ALLAH. apabila hidup kita senang, kita sering lupa kepada Khaliq, tapi apabila kita dtimpa musibah/dugaan, barulah kita teringat sejadah, al-quran. dugaan diturunkan adalah antara salah satu cara untuk mengembalikan kita kejalan yang benar dan ingat kepada ALLAH.
  2. beristiqfar selalu, kerana apabila kita selalu beristiqfar, ALLAH akan menolong kita dan memudahkan perjalanan hidup kita.
  3. dugaan adalah untuk mengingatkan kita kepada ALLAH Taala. jika kita bersabar dan tabah menghadapi dugaan tersebut, insyaALLAH iman kita akan bertambah tebal. tetapi janganlah mendoakan kita x didatangi dugaan ataw pon didatangkan dugaan berat bagi kita. - nasihat ustazah fatimah syahra.
  4. dugaan 'berat' kepada kita mungkin kerana hubungan kita dengan Yang Maha Esa tidak baik atau ada kekurangan, perbaiki hubungan kita dengan ALLAH, insyaALLAH akan dipermudahkan urusan kita
  5. berdoa kepada ALLAH agar dipermudahkan urusan kita. berzikir dengan nama2nya seperti asma ul husna
  6. dekatkan diri dengan majlis2 ilmu agama


sekian itulah antara nasihat2 yang saya terima secara direct dan secara mengikuti majlis2 ilmu. terima kasih diucapkan kepada sahabat2 kerana menasihati saya semasa saya dalam mood kesedihan... alhamdulillah, nasihat mereka amat membantu. daripda nasihat mereka juga saya dapat muhasabah diri dan istiqamah, insyaALLAH. hehe

hati yang lemah mampu menjadi kuat jika diisikan dengan perkara kerohanian seperti berdoa, mengerjakan solat fardhu serta sunat, perbanyakkan bacaan Al-Quran serta berzikir. insyaALLAH, ALLAH Yang Maha Esa akan mempermudahkan urusan kita. tetapi kena diingatkan jugak, semua ini kena datang ikhlas dari hati, kerana ALLAH, dan tiada modus operandi yang laen.

Harap Maaf jika terdapat kesalahan dalam tinta aku pada kali ini, aku pun seorang yang baru belajar. Bukankah Rasulullah S.A.W pernah bersabda, sampaikan dakwah walaupun dengan satu ayat.insyaALLAH...



Sekian

FIN

Thursday, December 01, 2011

~ THE DAY THAT I WON'T FORGET~

ASSALAMUALAIKUM
30/11/2011

apa khabar semua. hehe. today nak citer la sedikit what did i do during my mid semester break which started from 18/11/11 to 28/11/11. yahoo 10 hari kot. tapi terkejut tak, kalu aku kata aku x balik rumah.

JENG.... JENG... JENG....

aku balik rumah actually, tapi hanya sekejap jer... dari 18/11/11 yaknie jumaat hingga hari ahad 20/11/11, dimana aku bertolak dari rumahku di kedah ke kolej ku yang terletak di titiwangsa. modus operandi aku balik awal, adalah... BUT WAIT, jgn, aku repeat JANGAN assume aku da family problem. da sesetengah insan duk assume begitu, tapi tak... hehe... tapi modus operandinya tetap aku takkan gitaw. biar lah rahsia.

tapi, sepanjang aku menetap di kolej, dimana aku duk sorang2 dalam bilik di aras 4. time tuh pon aras 4 pon takdak orang kecuali 2,3 bilik kat hujung da budak2 farmasi n dental, aku tak takut. seyez. aku yang dikenali sebagai penakut a.k.a penakut hantu, tak takut pulak duk sorang2. terkezut gak aku.

apa aku buat ek? huuhuu, sebagai pelajar perubatan, aku pagi2 aku pergi library study + tidoq dalam bilik karel... hehe lebih tidoq aku rasa.... coz satu hari satu topik ja ak baca, tu pon ntah hadam ke tak dalam otak...

BUT, benda yang paling best bout the holiday is that, aku berjaya, dengan bangganya, pergi sendiri merayap di sogo dan maju tower, tak beli pa pon, just merayap buang masa and cuci mata. haha, tapi the day before aku merayap sorang2, aku keluar bertemankan kak yaya, seorang kakak waktu matrik aku dulu. N another about the day aku jalan2 dengan kak yaya <modus operandi keluar dengan dia adalah pergi cari bank islam kat imbi. sebab berteman, taktaw jalan>, her boyfriend, suddenly jelez. haha... ckup tak tahan nk gelak... dengan aku pon nak jelez... urghh... last2 pergi la jumpa insan tersebut, n come to sense theres nothing to be jelez coz aku duk pggl gf dya kakak! haha....the sad thing is, aku xsempat nak bergambaq ngan k.yaya, kot la nk da memory...haha

N another things best about that so called midsem break is that i got to meet and stayed in my friend house in uitm syah alam. modus operandi, saja syiok2 nak g tengok tempat si dia memandangkan dia jer nak kena datang kl semata2 nk hangout ngan aku ataw aku ajak dya jalan. so it's actually an experience for me. tambahan pula aku dah berani skit pergi jalan2 nie <my family should be worried cause i can become a kaki jalan/merayap after this>

BUT there is some complication about when i can go to his place. tapi alhamdulillah, syukur kepada ALLAH, masalah tuh dapat diselesaikan, jadi kami bertemu di midvalley on that saturday. hehe, jumpa2 dya kira bersyukur gila, bersyukur la dapat jumpa kawan baik! tapi waktu berjumpa tuh agak down skit, jumpa2 truz kena paku a.k.a tegur. tegurannya adalah:

weyh baju nie lagi, xdak baju laen dah ka. japg p beli baju laen

aku pulak cam terpana, terpempan dan terkejut. tapi, aku trima teguran tersebut, mmg patut pon kena, aku pakai baju sama yang aku pakai from our last encounter.haha... so menuju la kami ke midvalley menuju kearah cinema and kedai makan. aku sebenarnya nak tengok citer laen, tp memandangkan dya nak tengok citer Immortal, aku terima jelah. hehe... last2 everytime da scene bunuh, mula la aku amek paket tisu aku cover mata... urghh, aku tak suka tengok adegan bunuh membunuh nie, takut. haha, mesti da diantara kalian kata, takkan doktor takut ngan darah. darah org kena bunuh n darah pesakit benda yang x sama... surgery and killing a human being is not the same thing eventhough during surgery we might kill that person... so tengok jelah scene mana bleyh tengok.

before tengok movie, kami nak g makan... sebenarnya aku dah janji nak belanja dia makan n tengok wayang. so time nak beli makan dia request la macam2, aku xkesah koz aku dah janji. so bila sampai ja tempat2 tertentu yang nyatanya mahal, seperti kenny rogers, secret recipe, pizza hut n etc, dya tetiba xnak, kata takut habiskan det aku... woii, aku dah janji, akan aku tunaikan, insyaALLAH. tapi last2 dia pilih McD... aku okey ja... bersyukur gak dapat kawan cam dia yang memahami.

so then, after the chaotic day at the midvally, kami menuju ke rumahnya di kolej jati di uitm syah alam. dapat juga aku mengenali rumatenya yang mengganti tugas aku yakni rumate dia time matriks... hehe...

that night, aku n dia g i-city... muhahaha, teringin sangat aku nk g i-city, alhamdulillah aku dapt jua pergi,selepas dok dengar dari kawan2 'keseronokan' pergi.... so jadi le sekejap photogedik kat sana.... klik3.... hehe... the best thing other than bergambar, da reptile exhibition, menunjukkan ular, biawak, gecko... tokek pon da.... crocodile n kura2 gergasi n tungtung pon ada jugak. pergh mantap malam tuh... kwn aku tuh ja duk geli geleman...haha.. well. when one is an animal lover always an animal lover...

malam tuh aku tidor di rumah sahabatku... wah kenangan dan memori di matriks kembali menerjah minda... memang xkan dlupakan malam tuh....huhu....

the next day, aku gn dia brjalan around syah alam ditemani oleh kakak dia, kak diba... hehe... seronok jugak bersembang ngan kak diba, tambah2 dia tuh seorang peramah. jeng3... the best thing dok dengar depa sembang ganu...haha aku sorang jelah duk kecek kedah...muhahaha...boleyh paham koz stahun duk ngan dak ganu, bohong sangat kalu tak reti.... memandangkan kawan aku nak beli baju, aku pon p teman dia... tegurannya sehari sebelum masih fresh g... aku try tengok2 baju yang 'mampu' dibeli, tapi hanya mampu pandang ja... bukan takdak duet, tak reti nak pilih.... huhu... last2 xbeli, dia ja beli....

kalian sedar x???

dari tadi g aku duk sebut kawan saja, nama tak diberi... hehe... nama dia sebenarnya adalah hariri... hehe... dia lah kawan aku waktu aku susah dan senang, time suka dan duka, dan time takdak duet ngan da duet...haha... but mainly, he is the type of friend that one could count on. memang dia lah orang paling sabar dan baik bagi aku.... hehe... beliau sekrang belajar chemical engineering kat uitm,syah alam... bayangkan budak medik kwn dgn budak engineer.... haha... sepanjang aku berada di rumah dia yang diduduki oleyh  6 engineering student, aku dapat bezakan prangai dak engine and dak medik...muhahaha...perbezaan tersebut, pandai2 la kalian buat xperiment....
















*sorry about the pictures.... tak reti nak edit.....