بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Best Wishes Upon You, And Blessing Upon You and Barakah
ALLAH upon you
Syukur Alhamdulillah, dah selesai
final… maka dengan ini, aku isytihar diriku bebas dari cengkaman final…
Eh? Yeke bebas? Tapi, ada lagi final
untuk sem akan datang kan… so, belum bebas lagi… dan jangan lupa… final yang
paling last… final diakhirat jangan dilupai… hehe…
Guys… sebelum nak masuk mukadimah topic
blog pada hari nie, cuba hayati dulu al-kisah dibawah… ^^
**********
Pagi yang indah, dua orang
sahabat sedang berjalan menuju kearah stesen monorel chowkit setelah selesai
memulangkan kunci lab di fakulti. Setiba mereka di stesen tersebut, escalator rosak dan sedang dibaiki, maka
terpaksa mereka menggunakan tangga. Dihadapan mereka, jarak beberapa anak
tangga, kelihatan seorang perempuan, agak besar saiznya, sedang mengangkat baby
carriage. Tampak dia menghadapi kesukaran kerana saiznya yang agak besar.
Sedih, mereka yang disekeliling,
hanya memlihat, melalui tanpa mahu menolong. Sahabat aku agak laju melangkah,
sehingga melepasi kakak tersebut. Aku cuba kejar, seiring aku dengan kakak itu,
aku berhenti. Kakak itu berhenti sebentar, letih. Aku pegang carriage tersebut
dan terus bawa sehingga keatas.